Dapatkan Diskaun Untuk Pembelian Baju Raya Di Zalora Melalui Samsung Members

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang sekitar dua minggu lagi, Samsung kini menawarkan penebusan ebaucar untuk pembelian baju raya di ZALORA.

Penembusan baucer ini boleh dinikmati oleh pengguna Samsung atau ahli Samsung Members. Samsung Members adalah platform untuk pengguna mendapatkan maklumat dan perkara menarik mengenai telefon pintar Galaxy mereka dari pengguna lain di dalam komuniti. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat pelbagai tawaran istimewa yang terkini mengenai perkara yang mereka gemari.

Mengenai diskaun pembelian di ZALORA, ia boleh mula ditebus di aplikasi Samsung Members bermula hari ini sehingga 30 Jun 2020. 

Bagaimanakah Cara Untuk Menebus Ebaucar ZALORA?

Mudah sahaja, anda hanya perlu mendaftar masuk dalam aplikasi Samsung Members. Seterusnya anda boleh terus menebus ebaucar ZALORA dan mula membeli pakaian raya yang anda minati.

Untuk menebus baucar, ikuti langkah di bawah:

  1. Klik “Tebus” jika anda ingin mula membeli. Kemudian, klik Kod Penebusan yang dipamerkan untuk menyalin kod baucar.
  2. Seterusnya, layari laman web rasmi ZALORA Malaysia. Pilih pakaian atau baju raya yang anda ingin beli dan masuk ke dalam cart.
  3. Masukkan Kod Penebusan dalam kotak “Kod Promosi” sewaktu pembayaran.

Bagi pengguna baru ZALORA, anda boleh menikmati diskaun sehingga 26%, sementara pengguna sedia ada pula boleh mendapatkan diskaun 18% dengan perbelanjaan minimum RM180 ke atas.

Kongsi pembelian anda dengan kami menggunakan hashtag #SamsungMembersMY. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai promosi yang akan datang, anda boleh memuat turun dan mula mengakses aplikasi Samsung Members bermula hari ini.