Carian
Pembersihan Alergen Di Rumah – Produk Dan Alat Bantu Membersih
May 5, 2020 Lina Rosli

Pembersihan Alergen Di Rumah – Produk Dan Alat Bantu Membersih

Pembersihan rumah secara berkala setiap minggu adalah penting mengurangkan masalah kesihatan yang disebabkan oleh persekitaran yang kotor seperti alergen. 

Bagi menghilangkan alergen, anda harus membersih dan mencuci rumah dengan cara yang betul. Apa itu alergen? Alergen adalah bahan yang menyebabkan reaksi alergi. Alergen di rumah kebiasaannya adalah debu dan kotoran seperti serangga, debunga, bulu binatang peliharaan dan lain-lain.

Pembersihan ini tidak mencetuskan banyak masalah kepada individu biasa, namun ia akan menjadi sukar jika anda mempunyai alahan terhadap alergen tertentu. Selain itu, kesalahan biasa sewaktu anda membersihkan rumah adalah dengan mencuci karpet menggunakan pembersih wangi. Ia boleh menjadikan alahan anda menjadi lebih teruk.

Berikut adalah beberapa cara untuk menjaga kebersihan rumah anda dalam masa yang sama membantu mengurangkan alergen;

Alat Pembersih Yang Membantu Mengurangkan Alergen

Vakum Pembersih Allergen Fabrik: Vakum ini menggunakan cahaya ultraviolet untuk membunuh debu dan bakteria. Ia hadir dengan sistem penapisan berganda untuk menghilangkan kotoran di permukaan kain. Contoh vakum yang ada di pasaran termasuk Midea Anti Dust Mites dan Xiaomi Deerma CM800

Kain dan Mop Pembersih Microfiber: Kain microfiber mampu membersihkan habuk dengan lebih baik di permukaan tuala kapas atau kertas. 

Topeng Muka dan Sarung Tangan Pelindung: Pilih topeng pakai buang atau boleh dicuci. Elakkan sarung tangan getah. Anda juga boleh gunakan sarung tangan yang mempunyai lapisan kapas untuk mengelakkan kerengsaan kulit.

Produk Pembersih Yang Membantu Mengurangkan Alergen

Terdapat sebilangan produk pembersih sebenarnya boleh menjadi perengsa sekaligus menyebabkan gejala yang sama dengan alergen. Pilih produk pembersih yang tidak mengandungi bahan kimia atau kimia dengan kuantiti yang sedikit. Ia adalah penting untuk anda menghadkan penggunaan produk yang mempunyai bahan seperti:

  • Amonia
  • D-limonene
  • Formaldehyde
  • Sodium hypochlorite
  • Sodium lauryl sulfate

Bahan kimia ini telah dikenalpasti akan menyebabkan kerengsaan pada kulit. Pastikan anda membaca label sebelum menggunakan produk pembersih atau cucian. Cari pembersih tanpa pewangi dan gunakan produk semula jadi seperti cuka putih suling, soda penaik dan jus lemon untuk pembersihan.

________________________________________________________________________

Sekiranya pembersihan telah diabaikan selama beberapa minggu, ia akan menyebabkan kesukaran untuk mula membersih. Langkah terbaik untuk melakukan pembersihan adalah dengan menggunakan alat dan produk pembersih yang betul untuk memerangkap alergen dan mencegah pendedahan kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan reaksi alergi.

Komen