Sertai #SkuadKebaikan MILO Di Shopee Sepanjang Ramadan – Bantu Golongan Memerlukan
Bersempena Ramadan ini, MILO hadir dengan sebuah kempen yang dinamakan #SkuadKebaikan MILO. Kempen ini dilaksanakan bagi menawarkan bantuan kepada golongan yang memerlukan agar memperoleh manfaat kebaikan yang berkhasiat.
Dengan kerjasama bersama Shopee, MILO hadir dengan platform untuk komuniti dan pelanggan atas-talian untuk membeli sambil beramal. Mereka hadir dengan empat pek bundle yang mengandungi produk MILO dan produk Nestle yang lain yang mana 10% daripada nilai kutipannya akan didermakan kepada tujuh pertubuhan kebajikan di seluruh negara seperti Food Aid Foundation, Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur, Yellow House KL, Yayasan Sultanah Bahiyah, Yayasan Pesona, Persatuan Kebajikan Ummah, Humanitarian Care Malaysia (MyCare) dan termasuk individu yang terkesan dengan Covid-19.
Bagi yang berminat untuk menyertai kempen ini, anda boleh melakukan pembelian satu atau lebih pek bundle yang bernilai RM25, RM55, RM95 dan RM155 setiap satu. Untuk menyampaikan sumbangan #SkuadKebaikan MILO serta berkongsi kebaikan tenaga berkhasiat MILO, anda boleh layari laman rasmi MILO di Shopee bermula hari ini. Kempen ini sah sehingga 23 Mei 2020.
Pihak MILO menggalakkan rakyat Malaysia untuk turut serta membantu menjayakan kempen ini supaya segala kebaikan dapat dikongsi dengan lebih ramai kepada golongan yang memerlukan dalam menghadapi cabaran pada masa ini.