Carian
Know Your V Oleh Libresse – Ketahui Aspek Penting Kesihatan Wanita 
May 6, 2020 Lina Rosli

Know Your V Oleh Libresse – Ketahui Aspek Penting Kesihatan Wanita 

Baru-baru ini Libresse hadir dengan kempen KNOW YOUR V untuk memberi pengetahuan dan fakta kesihatan tentang Zon-V. Ia bertujuan untuk menjadikan lebih ramai wanita peka keadaan badan mereka sendiri selain mengetahui aspek penting berkaitan kesihatan mereka.

Jenama ini juga turut melakukan tinjauan yang mana hasilnya menunjukkan terdapat jurang pengetahuan yang signifikan dalam kalangan wanita yang menyebabkan segelintir daripada mereka tidak mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan masalah biasa seperti jangkitan dan kelewatan dalam mengenalpasti simptom masalah kesihatan yang serius.

Kempen KNOW YOUR V memperkenalkan ‘The V Game’ iaitu sebuah permainan interaktif yang diadakan melalui akaun media sosial serta di beberapa tempat lain seperti di sekolah dan pusat beli-belah. Ia bersesuaian untuk menggalakkan wanita dengan variasi lapisan umur untuk menyertai perbualan mengenai Zon-V.

Selain itu, Libresse turut menyediakan produk Zon-V yang sesuai untuk penjagaan intim harian dan ketika haid. Jenama ini menawarkan produk penjagaan sanitari berkualiti yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi untuk memenuhi pelbagai keperluan wanita.

Antara produk yang ditawarkan termasuk tuala wanita yang direka dengan teknologi SecureFit dan Deep Flow Channels (DFC) bagi memastikan ia lebih sepadan dengan bahagian intim wanita. Ia juga akan memastikan darah haid diserap segera dan disalurkan sekata pada pad supaya kawasan intim itu kering dan dilindungi sepanjang masa.

Selain itu, Libresse juga hadir dengan tuala pelapik dengan rekaan CurveFit yang akan memastikan ia sepadan dan kekal di tempatnya, supaya anda berasa segar dan bersih sepanjang hari. 

Untuk menggalakkan amalan penjagaan bahagian intim harian bagi kesihatan Zon-V, Libresse juga menawarkan rangkaian V-Care yang mengandungi pencuci intim dan wipes serta tuala pelapik dalam dengan pengudaraan yang tinggi. 

Untuk keterangan lanjut mengenai Kempen dan akitiviti KNOW YOUR V oleh Libresse, anda boleh layari laman web rasmi Libresse atau ikuti mereka di laman media sosial Facebook dan Instagram.

Komen