Setiap individu mempunyai pilihan dan citarasa untuk minuman kegemaran mereka. Ada yang menggemari minuman yang manis, ada juga yang memilih untuk mendapatkan minuman masam, pahit dan sebagainya.
Begitu juga dengan kopi, pasti anda mempunyai sukatan atau ratio hidangan yang tersendiri untuk kopi, air gula (sirap), susu, krimer dan toppings.

Namun, untuk mendapatkan pilihan minuman yang sesuai dengan citarasa anda, ia memerlukan anda untuk mengetahui pilihan-pilihan bahan yang disediakan di Starbucks. Hal ini bagi memudahkan anda untuk memesan minuman peribadi anda kepada barista di kaunter.
Berikut adalah senarai pilihan yang boleh ditambah atau dikurangkan pada minuman anda:
- Pilihan Kopi Tanpa Kafein (Decaf) – Bagi anda yang tidak menyukai kopi yang berkafein, anda juga boleh memesan minuman tanpa kafein. Pilihan ini boleh dikemaskini sama anda untuk jenis minuman panas atau jenis minuman berais.
- Shots Tambahan – Sementara untuk yang menggemari hidangan kopi yang lebih kuat, anda boleh menambah jumlah espresso di dalam kopi yang dipesan. Untuk memesan, anda hanya perlu menyatakan bilangan shots yang diperlukan; sama ada satu, dua atau tiga shots.
- Pilihan Susu – Anda juga boleh menukar jenis susu yang anda inginkan. Di Starbucks, terdapat beberapa pilihan susu yang disajikan seperti susu rendah lemak, krim penuh, badam, kelapa dan susu soya. Namun, harus diingatkan, jika anda menukar jenis susu ini, ia juga akan mengubah tekstur dan rasa untuk hidangan minuman anda.
- Sirap Tambahan – Bagi anda yang menginginkan hidangan kopi dengan aroma dan rasa tambahan, anda boleh mendapatkan pilihan sirap seperti Karamel, Hazelnut dan Vanila yang mana anda perlu menyatakan bilangan pam yang ingin anda tambah.
- Drizzle Tambahan – Drizzle pula adalah pilihan sirap yang lebih pekat yang disediakan di Starbucks. Pilihan drizzle ini terdiri daripada karamel, mocha atau coklat. Namun, anda harus tahu yang mana drizzle ini akan diletakkan di bahagian atas minuman anda. Jadi, jika anda menginginkan sirap di bahagian bawah anda perlu menyatakan anda ingin menambah sauce (coklat, karamel, mocah) di dalam minuman.
- Topping – Anda juga boleh menambah satu hingga lima sudu coklat cip atau pilihan topping yang lain seperti jeli kopi atau jeli peach.
- Paras Ais – Seperti minuman lain, anda juga boleh mengubah paras ais untuk minuman Starbucks anda. Anda boleh memilih sama ada ingin meletakkan sedikit ais, ais normal atau ais tambahan.
- Suhu Minuman Panas – Bukan itu sahaja, bagi anda yang ingin memesan minuman untuk kanak-kanak, anda boleh mendapatkan suhu panas yang bersesuaian dan mesra kanak-kanak

Sekarang anda sudah mengenali pilihan-pilihan bahan yang boleh ditambah atau dikurangkan. Mudah bukan? Jadi untuk memesan minuman yang sesuai dengan citarasa anda, anda boleh mulakan dengan memesan:
- Saiz (Tall 12oz, Grande 16oz, Venti 24oz)
- Jenis Minuman (Nyatakan jika anda ingin tanpa kafein)
- Kafein atau Decaf
- Jenis Susu
- Bahan tambahan lain seperti topping, sirap dan drizzle.
Contoh; Venti Frappucino, susu badam (with almond milk), 2 shots espresso, satu sudu cip coklat dan mocha drizzle.
Atau anda juga boleh memesan minuman yang lebih mudah seperti, Grande Hot Mocha dengan whipping cream dan susu rendah lemak.
Selain minuman kopi atau minuman bersusu, anda juga boleh mendapatkan jenis minuman buah-buahan yang menyegarkan seperti Mango Passion Fruits, Passion Dragon Fruits dan Passion Tea.

Tidak ketinggalan, Starbucks turut membawakan pilihan minuman Starbucks yang boleh diperibadikan mengikut citarasa anda tanpa perlu hadir ke cawangan Starbucks berhampiran. Pilihan minuman peribadi ini boleh dipesan melalui aplikasi mudah alih GrabFood atau Foodpanda.
Bukan itu sahaja, anda boleh memesan pelbagai jenis minuman tidak kira dari pilihan minuman klasik sehingga ke pilihan minuman kisar (frappuccino) yang menyegarkan. Selamat mencuba!