Oreo Melancarkan Buku Resepi eRaya – Jom Cuba Resepi Kek Batik Oreo Cadburry
Baru-baru ini, Oreo telah melancarkan pertama mereka yang menampilkan 12 juadah yang menarik yang mana ia enak dan mudah untuk anda sediakan bersama seisi keluarga. Antaranya resepi menarik yang disertakan termasuk Kek Batik Ultimate Oreo Cadburry, Biskut Raya Almond London Oreo dan Cadburry, Puding Krim Tanpa Bakar dan pelbagai biskut raya yang diberikan nafas baru.
Bukan itu sahaja, Oreo turut membawakan kempen yang menarik sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Untuk mengikuti kempen ini, anda boleh menggunakan kata tagar #BakeWithOREOThisHariRaya dan #CubalahResepiHariRayaOREO di laman media sosial anda selain menyaksikan bagaimana idola masakan seperti Selebriti MasterChef Dato’ Fazley Yaakob, Buat Orang Lapo, Che Nom dan Adikfoods dalam menyajikan juadah serta menginterpretasikan resepi-resepi unik menggunakan Oreo.
Jadi untuk menyahut cabaran Oreo, kali ini Tajria akan berkongsi kepada anda resepi untuk menyediakan Kek Batik Oreo Cadburry. Berikut adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaan yang mudah untuk anda ikuti.
Bahan-bahan
- 150g Biskut Golden Oreo (patahkan kepada 4)
- 100g Cadburry Dairy Milk Chocolate Neaps
- 30g Serbuk koko
- 50g Mentega tanpa garam
- 100g Susu pekat
- 50g Gula kastar
- 2 Biji telur
Untuk Hiasan
- Biskut Golden Oreo (patahkan kepada 4)
- Biskut Original Oreo (patahkan kepada 4)
Cara Penyediaan
- Cairkan Cadburry Dairy Milk Chocolate Neaps, serbuk koko, mentega, susu pekat dan gula di dalam periuk kecil dengan menggunakan api yang sederhana perlahan.
- Gaulkan campuran coklat berterusan sehingga cair sempurna dan sekata. Setelah selesai, anda boleh meletakkannya di atas meja.
- Kemudian, masukkan telur dan pukul sehingga sekata.
- Campurkan biskut Golden Oreo yang telah dipatahkan dan kacau sehingga semua disalut sempurna.
- Mampatkan campuran ke dalam bekas tupperware atau bekas kek yang bersesuaian dan taburkan bahan-bahan hiasan.
- Setelah siap dimampatkan, masukkan kek batik anda ke dalam peti sejuk. Sejukkanselama 20 minit atau semalaman.
- Apabila sudah sedia, potong dan hidangkan.
Anda juga boleh melihat cara penyediaan untuk Kek Batik Ultimate Oreo Dan Cadburry dari Nazatul atau lebih dikenali sebagai Buat Orang Lapo yang merupakan popular YouTuber masakan tempatan. Selamat mencuba!