Carian
#DapurRamadanTajria – Daging Lada Hitam Ala Masakan Cina Muslim
May 13, 2020 Min Ahmad

Sudah lama duduk di rumah, ada kalanya kita teringinkan makan makanan yang pernah kita makan di kedai. Antara salah satu menu yang saya gemar ialah daging lada hitam yang di makan di restoran Cina Muslim.

Jadi untuk #DapurRamadanTajria kali ini, saya kongsikan resepi daging lada hitam ala masakan Cina Muslim olahan saya sendiri:

Kandungan kalori: 828 kcal (untuk 360 gram daging)

Tempoh penyediaan bahan-bahan: 15 minit 

Tempoh memasak: 20 minit

Saiz hidangan: 3 orang

Bahan-bahan:

  • 450 gram daging, dipotong sederhana tebal
  • Halia 2 inci diketuk dan dipotong tebal
  • 2 biji bawang besar dipotong dihiris tebal
  • 6 ulas bawang putih diketuk
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/4 cawan air
  • Lada benggala merah
  • Brokoli yang telah dicelur dalam air mendidih selama 4 minit
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

  1. Goreng daging di dalam minyak yang telah dipanaskan
  2. Jangan lupa masukkan halia.
  3. Goreng daging sehingga hilang warna kemrahan daging. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah.
  4. Teruskan menggoreng sehingga bawang kelihatan sedikit layu.
  5. Masukkan sos tiram, sos lada hitam, kicap manis, serbuk lada hitam kasar dan minyak bijan. Kacau agar sebati.
  6. Sekiranya anda tidak mempunyai sos lada hitam, lebihkan penggunaan sos tiram, serbuk lada hitam dan gula
  7. Masukkan sedikit air. Sekiranya anda inginkan kuah yang pekat, bancuhkan satu sudu teh tepung jagung di dalam air tersebut. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.
  8. Biarkan mendidih seketika sehingga kuah pekat. Masukkan lada benggala dan brokoli.
  9. Angkat dan hidangkan. Sedia dimakan dengan nasi putih, telur dadar dan sayur campur stir-fry.
Komen