Dengan perlanjutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020, terdapat beberapa cawangan dalam industri makanan dan minuman seperti hotel dan restoran kini menyediakan promosi Ramadan untuk anda berbuka puasa.

Sepanjang bulan Ramadan, beberapa hotel dan restoran di Negeri Selangor telah menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan dan pandu lalu. Terdapat pelbagai jenis juadah makanan dan minuman untuk dipilih pada harga yang sangat berbaloi. 

Antara hotel yang menyediakan promosi perkhidmatan penghantaran makanan atau pandu lalu bagi anda menjamu selera sewaktu berbuka puasa termasuk;

  1. Concorde Hotel Shah Alam
  2. Shah Alam Convention Centre (SACC)
  3. Premiere Klang Hotel
  4. Sheraton Petaling Jaya Hotel
  5. Hilton Petaling Jaya
  6. Royale Chulan, The Curve Petaling Jaya
  7. One World Hotel Petaling Jaya
  8. De Palma Hotel, Ampang
  9. Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
  10. Sunway Resort Hotel

Bagi anda yang duduk di Shah Alam dan Ampang Jaya, anda juga boleh mendapatkah juadah enak untuk berbuka puasa melalui promosi perkhidmatan penghantaran makanan atau pandu lalu. Untuk membuat pesanan, anda boleh layari atau akses ke laman media sosial restoran yang berikut:

Shah Alam

Ampang Jaya

Gombak

Subang Jaya

Sepang

Klang

Sabak Bernam

Kuala Langat

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan makanan daripada bazar Ramadan terpilih melalui inisiatif e-Kitchen Bazaar melalui beberapa platform. Antaranya kolaborasi dengan Grab di kawasan sekitar Ampang, Bangi, Batu Caves, Damansara/TTDI, Klang, Petaling Jaya, Puchong, Semenyih, Sepang, Seri Kembangan dan juga Subang Jaya. 

Terdapat juga Platform Selangor yang seakan perkhidmatan Grab yang mana mempunyai 15 buah dapur utama. Untuk tawaran yang lebih meluas untuk sajian berbuka anda, kunjungi laman Facebook untuk bazar pilihan anda.

________________________________________________________________________

Dengan penawaran ini, sajian berbuka dari restoran kegemaran anda kini boleh didapati dengan lebih mudah tanpa perlu beratur panjang di cawangan restoran atau kedai makan terpilih. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati hidangan lazat dari restoran-restoran dan hotel terkemuka di Selangor. 

Lihat profil
Lina Rosli

408 artikel di Tajria.