Lina Rosli Diterbitkan 14 May 2020

Cara Menghilangkan Kotoran Minyak Pada Dapur Gas

Cara Menghilangkan Kotoran Minyak Pada Dapur Gas

Perkara paling sukar untuk dilakukan selepas masak adalah membersihkan pinggan mangkuk yang kotor serta mengelap dinding dan dapur gas yang berminyak.

Pernahkah anda meninggalkan sinki dan dapur gas seperti dalam keadaan kotor dan basuhkannya pada keesokkan harinya? Jika ya, ia boleh menjadikan kotoran lagi sukar untuk dibersihkan dan dicuci kerana ia telah menjadi kering dan keras.

Berapa Kerap Perlu Anda Membersihkan Dapur?

Pastikan anda membersihkan semua peralatan atau perkakas yang digunakan untuk memasak setiap kali selesai menggunakannya. Untuk kotoran yang lebih mendalam seperti sisa minyak yang terkumpul, anda perlu mengambil masa yang lebih sedikit bagi kerana ia memerlukan anda untuk menggunakan bahan pencuci yang lebih kuat.

blue canister

Ini adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti ketika membersihkan dapur gas yang ada di dapur anda.

Matikan dan biarkan dapur gas anda sejuk 

Pastikan semua suis (jika anda menggunakan dapur induction) dimatikan dan kompor betul-betul sejuk sebelum anda mula membersihkan permukaannya.

Campurkan Larutan Pembersih

Isi mangkuk dengan dua cawan air panas dan 1/2 sudu teh sabun pencuci pinggan yang menggunakan bahan pencuci yang kuat.

Lapkan pada kotoran

Sekiranya anda menggunakan larutan pembersih cecair pencuci pinggan, celupkan span ke dalam larutan. Gunakan span yang kasar agak mudah untuk anda menyental bahagian yang kotor. Jika ia sudah kering, biarkan cecair sabun untuk seketika supaya kotoran tersebut kembang dan lebih mudah untuk dicuci.

Sementara untuk bahagian yang sempit, anda boleh menggunakan lidi penyapu dan balutkan dengan tisu atau kain lembap untuk mengeluarkan kotoran.

Bilas dengan air bersih

Setelah anda selesai untuk membersihkan dapur gas menggunakan sabun. Anda bersihkan span dahulu sebelum mula membilas dapur gas menggunakan air bersih. Hal ini supaya tidak ada kesan sabun pada dapur gas serta bagi memastikan minyak pada dapur gas telah betul-betul ditanggalkan. 

Gunakan larutan cuka atau soda penaik

Sekiranya masih terdapat kawasan yang mempunyai kotoran yang melekat seperti kerak makanan atau arang, semburkan kawasan yang tidak bersih dengan cuka putih suling dan taburkan dengan baking soda (ia akan berbuih). Tutup kawasan itu dengan tuala dapur yang telah direndam dalam air panas. Biarkan tuala di atas kompor sekurang-kurangnya 15 minit dan kemudian lap dengan kain bersih untuk menghilangkan kotoran.

Bagaimana Untuk Mengelakkan Dapur Berminyak?

Jika anda kerap memasak, sudah tentu anda akan merasakan seluruh dapur anda kelihatan berminyak. Bagi mengurangkan masalah dapur berminyak, anda mungkin boleh menggunakan penutup pan (lid) ketika menggoreng atau menumis. Anda juga disarankan untuk menggunakan api yang kecil dan memberikan ruang udara yang mencukupi. Gunakan kipas dapur (exhaust fan) untuk membantu mengurangkan minyak daripada tersejat.

________________________________________________________________________

Pembersihan yang lebih kerap dilakukan dapat menjimatkan masa untuk anda mengelap kotoran minyak dan makanan. Amalkan pembersihan berkala supaya dapur anda lebih bersih selain selamat daripada anasir seperti lipas, tikus dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ia juga perlu dibersihkan supaya dapur anda lebih berbau harum dan segar. Aktiviti di dapur juga akan bertambah selesa. Selamat mencuba!