Hari ini dapur Tajria membawakan kepada anda resepi mudah yang boleh anda cuba di rumah. Menu yang dicadangkan adalah Ikan Cencaru Masak Lemak. 

Ia tidak seperti masak lemak Negeri Sembilan yang mana untuk resepi ini ikan akan digoreng terlebih dahulu dan tidak menggunakan kunyit.

Berikut adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan serta cara untuk menyediakan hidangan yang sesuai untuk disajikan kepada keluarga dan anak-anak.

Bahan-bahan

  • 3 ekor Ikan cencaru
  • 3 biji Bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas Bawang putih (dihiris)
  • 6 tangkai Cili api (dihiris)
  • 1cm halia
  • 1/3 kotak santan
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan cencaru (lumurkan kunyit dan garam ke atas ikan sebelum goreng). Setelah selesai, keluarkan ikan dan letak di dalam bekas makanan.
  2. Kurangkan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili api dan halia menggunakan minyak ikan. 
  3. Masukkan garam dan masak sehingga kelihatan garing dan naik bau.
  4. Kemudian, letakkan santan dan gaulkan bersama bahan tumis. Biarkan santan masak untuk beberapa minit.
  5. Masukkan sedikikt air jika anda ingin mengurangkan kepekatan santan. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Akhir sekali, tutup api dan curah kuah ke atas ikan goreng anda. Selamat mencuba!

Anda juga boleh menggunakan ikan lain seperti ikan kembung, ikan selar kuning, ikan tongkol dan ikan kegemaran anda yang lain. 

Lihat profil
Lina Rosli

408 artikel di Tajria.