Carian
Bagaimana Untuk Kekal Segar Dan Bertenaga Tanpa Perlu Mengambil Hidangan Berkafein?
May 15, 2020 Lina Rosli

Bagaimana Untuk Kekal Segar Dan Bertenaga Tanpa Perlu Mengambil Hidangan Berkafein?

Untuk kebanyakkan orang, mereka akan cenderung untuk mengambil minuman berkafein seperti kopi atau nescafe jika ingin meningkatkan kesegaran badan serta mengurangkan rasa mengantuk untuk tempoh masa tertentu. Lebih-lebih lagi jika anda perlu menyiapkan tugasan untuk dibentangkan atau melakukan ulangkaji terakhir sebelum menghadapi peperiksaan pada keesokkan harinya.

Setelah bertungkus-lumus di malam hari, anda pasti akan mendapatkan satu cawan panas air kopi untuk memulakan hari anda atau memerlukannya semasa anda bekerja. Namun, tidak dinafikan bahawa pengambilan kopi yang berlebihan mempunyai banyak kesan sampingan.

person using laptop computer

Kesan jangka pendek mungkin tidak kelihatan begitu ketara tetapi kesan jangka panjang boleh merumitkan keadaan kesihatan anda. Gejala ini termasuk penurunan kualiti tidur, pening dan sakit kepala, cirit-birit dan lebih mudah berasa dahaga, demam dan mudah marah. Jadi, bagaimana untuk memastikan diri anda terjaga sepanjang masa atau kekal segar pada hari yang penting?

Elakkan makanan bergula

Gula berfungsi dengan cara yang sama seperti kafein. Ia memberi kesan tinggi atau rendah dalam tahap tenaga. Gula akan menjadikan anda sugar rush yang boleh menjadikan tubuh anda lebih aktif. Tetapi ia tidak dapat memberikan tenaga yang berterusan yang menyebabkan anda cepat letih.

Pengambilan protein dan lemak yang sihat

Tidak seperti gula, protein dan lemak sihat memberikan tenaga berterusan yang dilepaskan dalam badan secara perlahan. Makanan ini akan membantu anda kekal kenyang dan tetap fokus kerana ia boleh meningkatkan tahap tenaga anda. Antara hidangan terbaik termasuk telur, mentega kacang dan lobak merah.

Mengunyah gula-gula getah

Pada malam hari atau hari biasa, anda mungkin boleh mendapatkan gula-gula getah semasa melakukan kerja anda. Terdapat kajian dilakukan yang menunjukkan bahawa apabila mulut anda tetap bergerak dan kekal berfungsi dapat membantu meningkatkan fokus anda. Ia juga dapat mengurangkan rasa mengantuk pada waktu siang dan juga membantu meningkatkan peredaran darah dan mengaktifkan kawasan otak tertentu.

Jelly Babies, Gum Babies, Sweets, Candy, Flavored

Duduk di dalam bilik yang sejuk

Di bilik yang panas atau kawasan penuh sesak, biasanya akan membuatkan anda merasa sangat letih. Persekitaran yang lebih sejuk akan membantu anda menumpukan perhatian lebih banyak. Sekiranya sejuk di luar, biarkan tingkap terbuka atau anda juga boleh menghidupkan kipas atau penyaman udara.

Relakskan mata sebentar

Relakskan mata anda sebentar jika anda telah duduk di hadapan komputer selama berjam-jam. Walaupun cahaya dari layar dapat membantu anda berjaga selama beberapa waktu, ia menyebabkan lebih banyak keletihan. Oleh itu, jauhkan dari skrin dan cuba lihat objek yang jauh dan kemudian pada objek yang lebih dekat secara berulang.

Tenangkan fikiran dan cuba untuk ketawa

Ketawa boleh membuatkan fikiran anda lebih aktif. Buat perbualan dengan orang lain sama ada di hadapan atau di sebelah. Berbual cerita yang lucu atau tonton video. Dengan ini, ia dapat menenangkan fikiran anda dengan cara yang lebih santai dan relaks.

Mendapatkan aromaterapi

Anda juga boleh mendapatkan wangian aromaterapi seperti pudina untuk tenaga atau kayu cedar untuk mengaktifkan fikiran anda. Anda juga boleh menggunakan losyen yang mempunyai aroma yang serupa untuk membuat anda lebih segar.

________________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa perkara atau cara lain yang membantu anda untuk kekal segar. Anda juga boleh menbuat sedikit regangan untuk menjadikan anda merasa segar semula dan lebih tenang. Bukan itu sahaja, ia turut meningkatkan peredaran darah anda dan juga menghasilkan adrenalin yang meningkatkan suhu badan. Selamat mencuba!

 

Komen