5 Barangan Di Dalam Bilik Tidur Yang Boleh Membuatkan Anda Sakit
Pernah tak anda bangun tidur dan merasakan seperti tidak sihat seperti selsema atau mungkin badan anda terasa gatal-gatal. Ini berkemungkinan besar adalah disebabkan barangan di dalam bilik yang membuatkan anda tidak selesa atau jatuh sakit.

Bantal
Bantal adalah salah satu barangan yang mungkin mengumpulkan sejumlah besar kuman seperti bakteria, kulat dan debu yang membawa kepada gejala alergi seperti sakit tekak, sakit kepala, dan sesak nafas. Bantal harus diganti sekurang-kurangnya sekali setahun jika tidak boleh dicuci. Tukar sarung bantal dengan kerap untuk melindungi bantal anda dan guna penyembur anti-bakteria seperti Febreeze.
Sekiranya bukan gejala alergi, tetapi sakit kepala atau sakit bahu yang mengganggu setiap kali anda bangun pagi, mungkin terdapat masalah pada bantal anda. Bantal lama mungkin akan kehilangan sokongan dan bentuk, sehingga kepala anda tidak sejajar dengan tulang belakang anda. Sekiranya bantal anda tidak kembali ke bentuk aslinya setelah dilipat menjadi separuh, maka anda mungkin perlu menukarkannya kepada yang baru.
Karpet
Selain bantal, karpet juga adalah tempat pengumpulan bakteria dan debu yang gatal. Jika tengok pada bahagian luaran, permaidani anda tampak bersih dan lembut. Namun, ia adalah barangan yang paling terdedah kepada kotoran. Karpet akan memegang setiap setitik debu, kotoran, bulu binatang dan kotoran umum dari kasut dan kaki. Untuk memastikan ia kekal bersih, anda perlu menyapu atau vakum karpet sekurang-kurangnya sekali seminggu atau pencucian yang baik setiap beberapa bulan. Sekiranya anda mempunyai alahan atau asma, adalah lebih baik jika anda menukar karpet dengan menggantikannya dengan kayu atau vinyl.
Lilin
Jika anda sering memasang lilin wangi, anda menghadapi risiko kesan sampingan yang kurang baik. Lilin wangi akan melepaskan bahan kimia berbahaya seperti benzena dan toluena ketika mereka terbakar, sementara aroma itu sendiri merengsakan individu yang sensitif pada kimia kimia. Anda dapat meminimumkan risiko dengan membiarkan tingkap terbuka semasa lilin menyala.
Pembersih Vakum
Tidak dinafikan pembersih vakum anda adalah cara termudah untuk membersihkan debu dan kotoran di dalam bilik tidur. Namun, jika anda menggunakan vakum tanpa penapis HEPA, ia mungkin akan menyedut habuk, debunga dan kotoran dan menyemburkannya kembali ke udara bilik tidur anda. Cari pembersih vakum dengan penapis HEPA untuk menjamin kebersihan bilik tidur anda.
Produk Pembersih
Jika anda sensitif terhadap produk pembersih biasa, anda mungkin perlu menggantikannya kepada produk yang menggunakan bahan organik. Ia bukan sahaja bebas daripada bahan kimia berbahaya, malah ia juga sesuai tidak memberi kesan burun kepada badan seperti kerengsaan atau keradangan. Contoh produk organik seperti cuka boleh dijadikan sebagai produk perbersih untuk bilik tidur anda.
_______________________________________________________________________
Pastikan anda menggantikan atau menukar barangan yang anda alah atau sensitif. Selain barangan yang berisiko meningkatkan penyakit, anda juga perlu menilai barangan yang telah lama dan sudah tidak sesuai untuk digunakan lagi. Selamat mencuba!