Beras adalah sajian utama untuk masayarakat di Asia. Ia berfungsi sebagai makanan ruji dan sumber tenaga utama bagi kebanyakkan orang terutama di Malaysia. Pelbagai jenis hidangan boleh dibuat daripada nasi termasuk Nasi Ayam, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Beriani dan banyak lagi.
Beras hadir dalam beberapa jenis pilihan dari segi warna, bentuk dan saiz. Antaranya adalah beras basmati, beras wangi, beras pulut, beras perang dan beras putih biasa.
Untuk beras basmati, ia digunakan dalam kebanyakkan hidangan Timur Tengah. Manakala, beras pulut pula dihidangkan dalam masakan Jepun seperti sushi dan masakan melayu seperti lemang dan pulut kuning.
Beras Perang vs Beras Putih
Yang menjadi persoalannya adalah apakah yang membezakan beras perang dan beras putih?
Tidak dinafikan kedua-dua beras putih dan perang adalah tinggi karbohidrat. Beras putih adalah pilihan beras yang paling biasa dan kerap digunakan oleh semua individu. Namun, bagi yang mengutamakan kesihatan, mereka akan menggunakan beras perang sebagai beras utama.
Sebenarnya, permulaan beras putih adalah daripada beras perang. Ia akan melalui proses penggilingan bagi menghilangkan sekam, dedak dan kuman padi.
Hasil daripada proses di atas, ia dilihat mampu meningkatkan jangka hayat beras putih. Walau bagaimanapun, ia telah menghilangkan banyak nutrien dalam beras seperti serat, vitamin dan mineral.
Sementara, beras perang merupakan bijian gandum yang mengandungi lebih banyak khasiat secara keseluruhan iaitu serat dedak, bakteria berkhasiat dan endosperma yang kaya karbohidrat. Ia juga dapat membantu mengurangkan kolesterol dan menurunkan risiko strok, penyakit jantung dan juga diabetes.
Sebaliknya, beras putih pula telah mengeluarkan dedak dan kuman yang bagus untuk kesihatan. Bukan itu sahaja, beras perang mempunyai lebih banyak serat dan antioksidan, serta vitamin dan mineral yang lebih penting.
Apakah Kebaikan Beras Perang Untuk Kesihatan?
Beras perang sesuai digunakan atau dihidangkan untuk semua lapisan umur. Antara kebaikannya untuk kesihatan adalah:
Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Beras perang mengandungi lignan, sebatian tumbuhan yang dapat membantu melindungi daripada penyakit jantung. Lignan telah terbukti dapat mengurangkan jumlah lemak dalam darah sekaligus menurunkan tekanan darah dan mengurangkan keradangan pada arteri.
Meningkatkan Kadar Antioksidan
Dedak beras perang mengandungi banyak antioksidan yang baik. Kajian juga menunjukkan bahawa beras perang dapat membantu meningkatkan kadar antioksidan darah pada wanita gemuk.
Mengawal Berat
Selain itu, pengambilan nasi yang dimasak menggunakan beras perang juga dilihat dapat membantu mengurangkan berat badan. Satu kajian mengumpulkan data mengenai 29,683 orang dewasa dan 15,280 kanak-kanak. Para penyelidik mendapati bahawa semakin lama mereka menggunakan beras perang, semakin rendah berat badan mereka.
Dengan ini dapat disimpulkan, secara umumnya beras perang adalah lebih berkhasiat daripada beras putih. Ia mengandungi serat, magnesium dan nutrien lain lebih tinggi berbanding beras putih biasa.
Namun, jika anda ragu-ragu dengan kesesuaian beras perang untuk tubuh anda, pastikan anda mendapatkan nasihat pakar sekiranya anda ingin menggunakan beras perang ke dalam diet anda. Selamat mencuba!