Carian
Kempen Ganjaran TikTok – Tebus Hadiah Untuk Hari Raya Ini
May 18, 2020 Lina Rosli

Kempen Ganjaran TikTok – Tebus Hadiah Untuk Hari Raya Ini

TikTok adalah salah satu platform yang menjadi pilihan ramai orang pada hari ini. Ia menjadi satu medium komunikasi yang menghubungkan semua lapisan masyarakat.

Baru-baru ini, TikTok telah kolaborasi dengan beberapa jenama lain daripada pelbagai industri termasuk telekomunikasi, runcit, edagang serta makanan dan minuman untuk ganjaran TikTok bersempena Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba. Antara jenama yang terlibat termasuk Colgate-Palmolive, foodpanda, Shopee, Yoodo, dimsum dan banyak lagi.

Ganjaran ini akan berlangsung sehingga 7 Jun 2020 yang mana pengguna boleh mengakses aplikasi TikTok untuk mendapatkan dan menebus ganjaran yang disediakan.

Untuk mendapatkannya, pengguna perlu menyertai aktiviti yang telah disediakan sebagai tukaran untuk mata ganjaran. Seterusnya, pengguna boleh menebus promosi dan hadiah eksklusif menerusi nilai ganjaran yang bersesuaian.

Bagi yang berminat, anda boleh memuat turun aplikasi TikTok di iOS atau Android dan mula mendaftar akaun TikTok bagi pengguna baru. Sementara yang lain boleh boleh mula menyertai cabaran dan aktiviti di Tiktok dan dapatkan mata ganjaran bermula hari ini.

Komen