Untuk hidangan dapur Tajria hari ini, kami ingin berkongsi resepi mudah untuk menu Spaghetti Bolognese.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan serta cara untuk menyediakan menu untuk berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

  • 1 pek spaghetti (direbus)
  • 1/2 pek daging cincang (dibersihkan)
  • 250g bebola daging (potong dua)
  • 1/2 tin cendawang butang (dihiris)
  • 1 tin sos prego (variasi bawang putih, selasih dan tomato)
  • 2 sudu lada kisar
  • 5 biji bawang merah (dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)

Bahan lain: Rosemary, parsley, basil, 

Cara Penyediaan

  1. Rebus air dalam periuk besar sehingga mendidih. Kemudian, masukkan 2 sudu teh garam dan sedikit minyak supaya pasta tidak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Untuk bolognese, panaskan sedikit minyak zaitun dan campurkan dengan sedikit mentega dan kacau. Bila mentega cair, masukkan bawang besar dan bawang putih cincang.
  3. Seterusnya, tumis lada kisar dan biarkan ia masak.
  4. Masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
  5. Kemudian, masukkan satu tin sos prego dan tambah sedikit air jika kelihatan pekat. Setelah mendidih, masukkan bebola daging dan cendawan yang telah dipotong.
  6. Masukkan herba dan garam secukup rasa.
  7. Akhir sekali, biarkan ia mendidih sekitar 5 minit minit di atas api yang sederhana perlahan. 

Setelah siap, anda boleh terus menghidangkan pasta bersama sos bolognese anda. Anda juga boleh menyajikan pasta ini bersama-sama dengan keju parmesan. 

Lihat profil
Lina Rosli

408 artikel di Tajria.