Beraya Gaya Norma Baharu – Cara Untuk Mengirim Maybank E-Duit Raya

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini pasti akan terasa sedikit kelainan yang mana tiada ziarah dan kunjungan dari sanak saudara, rakan-rakan dan jiran tetangga ke rumah anda sepanjang tempoh PKPB dijalankan. 

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi umat Islam di Malaysia yang mana pada pagi Hari Raya akan mengunjungi rumah saudara-mara untuk bermaaf-maafan dan mendapatkan duit raya dari pakcik dan makcik. Namun, tahun ini ada SOP yang perlu dipatuhi, anda diarahkan oleh kerajaan untuk tidak dibenarkan merentas negeri dan hanya menyambut hari raya di rumah sendiri bagi mengelakkan risiko jangkitan virus.

Walaupun anda perlu mempraktikkan perjarakkan sosial, tidak bermaksud boleh memberi atau menerima duit raya. Tidak kira sama ada dekat atau jauh, anda masih boleh menghantar e-Duit Raya kepada keluarga dan rakan anda melalui aplikasi Maybank2u. 

Apa itu e-Duit Raya? e-Duit Raya alternatif lain yang disediakan oleh penyedia servis untuk menghantar wang hadiah atau duit raya dari akaun bank anda kepada pengguna yang lain. Anda boleh menghantar terus dari akaun Maybank2u dan Maybank2u Mobile App kepada orang lain menerusi nombor telefon bimbit mereka. 

Bagi anda yang ingin mengirim duit raya, Maybank menyediakan alternatif kepada pelanggan mereka untuk menghantar eduit Raya kepada 10 penerima maksima dalam satu satu transaksi sekaligus. Menariknya mengenai Maybank2u e-Duit Raya, tiada caj bayaran untuk menghantar atau menerima e-Duit Raya pagi pemilik akaun Maybank. Walau bagaimanapun, pengirim akan dikenakan Bayaran Pindahan Segera (IBFT) sebanyak RM0.53 apabila penerima menebus e-Duit Raya bukan di akaun Maybank.

Wang anda hanya akan ditolak setelah berjaya mengumpulkan e-Duit Raya oleh penerima. Had pengiriman duit raya adalah maksimum RM1,000 sehari. Sementara tiada had maksimum untuk penerimaan duit raya sepanjang tempoh kempen.

Untuk mula menghantar eDuit Raya, anda boleh mengakses akaun di aplikasi Maybank2u di peranti mudah alih anda dan pilih jenis transaksi duit raya ingin anda lakukan:

VIA MAE

Langkah 1: Klik banner ‘Give and Get Rewarded’

Langkah 2: Pilih ‘Send e-Duit Raya’ dan klik ‘Send eDuit Raya with MAE’

Langkah 3: Pilih penerima anda dari senarai kenalan anda (pengguna MAE dan Bukan MAE)

Langkah 4: Masukkan jumlah dan pilih ‘Send Now’.

Langkah 5: Akhir sekali, masukkan kod Secure2u atau SMS TAC dan selesai kiriman duit raya untuk kenalan anda.

VIA RAYA QR

Langkah 1: Pergi ke Raya Returns dan masukkan kata laluan anda.

Langkah 2: Pilih ‘Send eDuit Raya’ dan pilih ‘Send e-Duit Raya with QRPay’

Langkah 3: Aktifkan kamera anda dan imbas kod QR penerima.

Langkah 4: Masukkan Jumlah dan klik ‘OK’.

________________________________________________________________________

Bagi anda yang bukan pengguna MAE dan mungkin seseorang ada menghantar e-Duit Raya kepada anda, anda boleh mula memuat turun aplikasi Maybank dan daftar ke akaun MAE. E-Duit Raya anda akan dikreditkan kepada anda serta-merta setelah akaun anda dibuat.