Onitsuka Tiger – Membawakan Rekaan Kasut Yang Versatil Bagi Penggemar Fesyen

Kasut dari Onitsuka Tiger adalah kasut yang selesa dan sesuai digunakan dalam apa jua keadaan. Lebih-lebih lagi untuk anda yang perlu berjalan jauh untuk ke pejabat yang mana mementingkan keselesaan sewaktu berjalan. Bukan hanya selesa, tetapi kasut ini juga sangat bergaya, ringan serta mempunyai pilihan warna yang menarik untuk pelbagai jenis acara.

Tidak kira sama ada anda duduk di rumah pada raya ini dan hanya berjalan di sekitar kawasan rumah, anda masih boleh terus mengikuti perkembangan fesyen masa kini dengan variasi pilihan rekaan untuk barisan kasut Onitsuka Tiger.

Mexico 66 Paraty, RM369

Mexico 66 Paraty hadir dengan pilihan warna yang menarik dan diperbuat dari kain Seersucker. Jenis kain ini sangat selesa dan tidak panas yang menjadikannya sesuai untuk cuaca panas di Malaysia. Ia membawakan tampilan bertekstur pada rekaan kain.

Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pembelian Mexico 66 Paraty di sini

Mexico 66 Sabot, RM539

Rekaan untuk Mexico 66 Sabot telah dikemaskini ke gaya sneaker slip-on, namun masih mengekalkan bentuk aslinya dan logo ikonik. Model sabot ini merangkumi sarung kaki ortolit untuk keselesaan pengguna selain membawakan bahan mesh kasar yang memberikan keselesaan tambahan untuk cuaca panas. 

Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pembelian Mexico 66 Sabot di sini

Rebalac Sandal, RM539

Rebilac Sandal pula adalah sepasang sandal yang sangat versatil dalam koleksi kasut mereka. Model ini mengekalkan perincian klasik yang asli yang menggabungkan gaya sabot yang mudah dipakai jika anda seorang yang bergerak aktif sepanjang hari. 

Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pembelian Rebilac Sanda di sini 

Selain kasut, anda juga boleh mendapatkan variasi pilihan tshirt yang selesa untuk Raya ini. Ia diperbuat daripada kain kapas Onitsuka Tiger serta hadir dengan cetakan grafik yang trendy dan kasual. Ia juga boleh didapati di laman edagang rasmi Onitsuka Tiger.