Beraya Ekstra Dengan Touch ‘n Go eWallet – Menyokong Pindahan E-duit Raya Dan Pembayaran Zakat Fitrah
Sempena Hari Raya Aidilifitri secara norma baharu tahun ini, banyak syarikat perkhidmatan menawarkan pelbagai langkah dan alternatif untuk memudahkan pengguna meraikan hari raya yang bakal tiba.
Tidak ketinggalan, Touch ‘n Go eWallet membawakan membawakan Raya Sempoi 2.0.2.0. dengan ganjaran yang #lebihbanyakekstra. Melalui kempen ini, pengguna boleh mendapatkan lebih banyak nilai dan faedah dengan melakukan transaksi secara nirtunai. Ia menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit, peralatan elektronik, makanan, produk kesihatan, tambah nilai telefon mudah alih dan banyak lagi untuk keperluan utama musim raya.
Bukan itu sahaja, Touch ‘n Go eWallet turut memperkenalkan sokongan pembayaran nirtunai untuk membayar Zakat Fitrah melalui Zakat Selangor. Dengan ini, umat Islam tidak lagi perlu melakukan pembayaran di kaunter fizikal Pusat Zakat.
Selain itu, ciri pindahan Duit Raya juga diperkenalkan bagi memudahkan pengguna untuk memberi dan menerima duit raya daripada keluarga dan kenalan pada bila-bila masa dan masih mengekalkan penjarakkan sosial. Dengan setiap pindahan duit raya yang dilakukan, pengguna boleh menikmati
Nikmati pelbagai ganjaran ebaucar di MyRewards Touch ‘n Go eWalletsetiap kali melakukan transaksi menggunakan aplikasi. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Touch ‘n Go Raya eWallet Sempoi 2.0.2.0 serta maklumat mengenai promosi terbaru yang disediakan, anda boleh melayari laman rasmi Touch ‘n Go eWallet sera di laman sosial media Facebook dan Instagram. Anda juga boleh memuat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di App Store dan juga Play Store bermula hari ini.