Tujuh Pertubuhan Kebajikan Mula Mendapat Kiriman Produk Berkhasiat Dari #SkuadKebaikan MILO
Sepanjang Ramadan ini, MILO telah hadir dengan kempen #SkuadKebaikan MILO yang mana atas setiap pembelian barangan Nestle, sejumlah wang akan disalurkan kepada tujuh pertubuhan kebajikan di seluruh Malaysia.
Baru-baru ini, kesemua pertubuhan ini dilihat telah mula menerima kiriman produk Nestle melalui #SkuadKebaikan MILO hasil sumbangan ikhlas rakyat Malaysia menerusi pembelian produk secara atas talian di Shopee sepanjang bulan Ramadan ini.

Kempen #SkuadKebaikan MILO® merupakan kempen yang dilangsungkan dengan kerjasama laman e-dagang Shopee untuk menyatukan komuniti bersama-sama menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Kesemua pembelian sebelum ini telah didermakan dan diagihkan secara sama rata kepada tujuh pertubuhan kebajikan. Antara pertubuhan yang terlibat termasuk Food Aid Foundation, Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur, Yellow House Kuala Lumpur, Yayasan Sultanah Bahiyah, Yayasan Pesona, Persatuan Kebajikan Ummah dan Humanitarian Care Malaysia (MyCare).
.jpg)
Bagi yang berminat untuk menyertai kempen ini, anda boleh melakukan pembelian satu atau lebih pek bundle yang bernilai RM25, RM55, RM95 dan RM155 setiap satu. Untuk menyampaikan sumbangan #SkuadKebaikan MILO serta berkongsi kebaikan tenaga berkhasiat MILO, anda boleh layari laman rasmi MILO di Shopee bermula hari ini. Kempen ini sah sehingga 23 Mei 2020.