Carian
Adakah Anda Perlu Memanaskan Enjin Kereta Sebelum Mula Memandu?
May 20, 2020 Lina Rosli

Adakah Anda Perlu Memanaskan Enjin Kereta Sebelum Mula Memandu?

Sudah menjadi kebiasaan sebelum mula memandu, anda akan memanaskan enjin terlebih dahulu selama lima minit atau lebih. Ia dikatakan bagi tujuan untuk memastikan enjin pada suhu yang optimal sebelum bergerak. Namun, adakah ia benar?

Sebelum ini, teknologi enjin dan bahan untuk minyak pelincir adalah tidak moden seperti sekarang. Hal ini kerana, apabila enjin kereta dimatikan, minyak pelincir akan kembali semula ke dalam tong minyak. Apabila kuantiti atau jumlah minyak pelincir tidak mencukupi, ia akan menyebabkan keadaan enjin menjadi haus (tear). 

Bukan itu sahaja, kereta lama juga perlu berada pada suhu optimal yang mana bagi melancarkan gearbox dalam enjin. Oleh itu, ia memerlukan anda untuk menghidupkan dan memanaskan enjin terlebih dahulu bagi menjamin kelancaran sewaktu pemanduan.

Bagaimana Untuk Kereta Moden?

Tidak seperti kereta lama, kebanyakkan kereta atau kenderaan pada masa kini hadir dengan sistem yang lebih baik. Walaupun enjin kereta telah dimatikan, namun ia tidak mendatangkan sebarang kesulitan pada enjin. Di kebanyakan bahagian atau komponen enjin kini hadir dengan perlindungan bagi mencegah enjin daripada haus sebelum minyak pelincir disalur balik ke dalam enjin.

Jadi, adakah anda perlu memanaskan enjin terlebih dahulu? Jawapannya adalah masih perlu namun pada tempoh yang lebih sekejap iaitu sekitar 2 minit sahaja. Langkah ini bagai memastikan minyak pelincir disalurkan ke dalam enjin untuk kelancaran pemanduan. Hal ini kerana, jika anda memanaskan enjin untuk tempoh yang lama, ia hanya membazirkan bahan api yang dibakar.

Komen