6 Tona Warna Air Kencing Yang Perlu Anda Tahu
Seperti yang anda ketahui warna air kencing adalah dipengaruhi dengan jumplah pengambilan air sehari. Ia juga menentukan sama ada badan anda mempunyai air yang cukup iaitu masih hidrat atau badan anda kurang air iaitu dehidrasi.
Selain air, perubahan warna air kencing ini turut dipengaruhi oleh beberapa faktor lain termasuk jenis makanan yang diambil dan pengambilan ubatan-ubatan.

Berikut adalah tona warna air kencing yang perlu anda tahu bagi memastikan badan anda mempunyai jumlah air yang mencukupi serta kesihatan yang baik:
Warna jernih
Jika anda mendapati warna air kencing anda jernih, ia menandakan badan anda mengambil jumlah air yang melebihi daripada jumlah yang disarankan. Untuk keadaan seperti ini, anda tidak perlu risau akan kesannya pada masalah kesihatan. Namun, pengambilan yang berlebihan ini perlu dikurangkan agar ia mencapai pada kadar yang optimum.
Warna Kuning Cair
Menurut pakar dan doktor, warna air kencing yang baik dikenali sebagai warna uchrome iaitu warna seakan kekuningan. Warna ini adalah warna yang paling optimum untuk setiap individu. Ia menandakan bahawa anda telah mendapatkan jumlah air yang secukupnya untuk badan anda.
Warna Kuning
Anda tidak perlu risau jika air kencing anda berwarna kuning. Ia tidak meletakkan anda di bahagian dehidrasi (kurang air) atau bahagian hidrasi (jumlah air yang mencukupi). Namun, anda masih perlu menambah jumlah air dalam badan supaya ia tidak menjejaskan kesihatan anda.
Selain air, anda mungkin boleh menambah hidrasi badan melalui pengambilan buah-buahan seperti tomato, timun, kobis, strawberi dan zucchini.
Warna Jingga
Untuk warna ini, ia menunjukkan yang mana badan anda sudah mengalami sedikit simptom dehidrasi. Ia juga mungkin adalah disebabkan terdapat masalah pada saluran empedu atau hati yang boleh menyebabkan kencing berwarna jingga.
Warna Coklat
Dalam kebanyakkan kes, air kencing berwarna coklat adalah disebabkan dehidrasi. Namun, ia juga mungkin disebabkan oleh kesan pengambilan ubat-ubatan. Bahan yang terkandung di dalam ubat-ubatan akan membentuk kimia semulajadi di dalam saluran darah dan akhirnya menjadikan air kencing anda berwarna coklat atau keperangan.
Warna Keruh (Cloudy)
Selain dehidrasi, perubahan warna air kencing juga boleh diakibatkan oleh penyakit kesihatan iaitu Urinary Tract Infection (UTI) atau penyakit lain seperti penyakit buah pinggang. Bukan itu sahaja, jika terdapat pembentukan buih pada air kencing, ia adalah penyakit berkaitan pneumaturia.
________________________________________________________________
Berikut adalah enam warna air kencing untuk kebanyakkan individu. Pastikan anda mengetahui warna air kencing anda bagi memastikan kelancaran kesihatan yang maksima. Jika terdapat simptom atau gejala yang memudaratkan kesihatan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Selamat mencuba!