Carian
5 Tips Bergambar Di Rumah – Apa Yang Anda Perlu Tahu?
May 22, 2020 Lina Rosli

5 Tips Bergambar Di Rumah – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Lagi beberapa hari lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Untuk raya kali ini, ia disambut dalam tempoh PKPB yang mana menerhadkan anda untuk mengunjungi dan menziarahi saudara-mara dan rakan terdekat. Pihak-pihak yang terlibat telah menyarankan kita untuk kekal di rumah dan mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang masih boleh anda lakukan sepanjang tempoh perayaan dalam PKPB ini berlangsung. Antaranya adalah merakam gambar atau potret raya di dalam rumah.

Bergambar pada pagi raya sememangnya telah menjadi rutin oleh kebanyakan individu. Gambar raya ini juga biasanya sering dijadikan sebagai cara untuk menghantar ucapan raya kepada keluarga atau kenalan sebagai ganti diri.

Oleh itu, bagi memastikan gambar raya tahun ini dapat dirakan dengan baik dan berkualiti, Tajria akan berkongsi beberapa tips untuk anda jadikan sebagai panduan sewaktu bergambar pada raya nanti.

Ketahui Masa Sesuai Untuk Cahaya Semula Jadi

Tidak seperti bergambar di luar, dalam rumah mempunyai cahaya semula jadi yang sangat terhad. Sekiranya anda ingin mendapatkan cahaya yang mencukupi mungkin di dalam rumah, tangkap gambar pada waktu seperti ini:

Tengah hari: Jika di luar, waktu ini mungkin boleh menyebabkan gambar anda overexposed atau menghasilkan warna yang lebih burning. Namun, untuk di rumah cahaya yang masuk adalah tidak terus sekaligus menghasilkan warna gambar yang lebih jelas dan jitu. 

Golden Hour: Waktu untuk golden hour adalah selepas matahari terbit dan sebelum matahari terbenam. Cahaya yang berlaku pada saat itu sangat sesuai untuk setiap genre fotografi. 

Namun, harus diingatkan bahawa anda juga perlu mengawal jumlah cahaya yang anda. Jika anda ingin cahaya semula jadi, elakkan mencampurkannya dengan cahaya lampu kerana ia akan menjadi sukar untuk mengimbangi (balance) gambar gelap dan cerah (black and white).

Cari Sudut Unik

Untuk menjadikan gambar anda kelihatan berbeza daripada banyak gambar lain, anda boleh mencari sudut yang unik bagi mendapatkan komposisi gambar yang menarik.

Untuk membantu anda melakukan ini, masuk ke tetapan aplikasi kamera anda dan aktifkan garis grid. Grid ini membantu anda untuk menetapkan posisi kamera bagi menentukan subjek berada di posisi rendah atau tinggi ketika mengambil gambar. 

fireworks showing in iPhone

Untuk mendapat sudut yang unik, perhatikan apa yang ada di latar depan atau latar belakang gambar anda untuk menambahkan lebih banyak kesan visual selain mengelakkannya daripada merosakkan gambar anda.

Gunakan Lensa Sudut Lebar

Untuk merakam subjek yang besar dalam ruang yang kecil, anda boleh menggunakan lensa sudut lebar. Dengan ini, ia membantu anda menangkap subjek dan persekitarannya dengan lebih mudah.

Sekiranya anda tidak mampu menggunakan lensa sudut lebar, buatlah panorama. Namun, cara ini tidak sesuai digunakan untuk anda merakam gambar keluarga kerana format gambar yang tidak jelas.

Gunakan Latar Belakang Untuk Menjelaskan Subjek Anda

Sekiranya anda merancang untuk mengambil potret dalaman, anda perlu mencari keseimbangan dalam menunjukkan persekitaran dan dalam masa yang sama masih mengekalkan fokus pada subjek anda.

Kadang-kadang anda perlu melakukan sedikit “hiasan semula” untuk mendapatkan sesuatu yang tepat untuk gambar. Antaranya, anda boleh mendapatkan gambar dengan latar belakang seperti pasu bunga, frame, langsir atau ruang makan yang mana ia mempunyai lebih banyak barang yang boleh mempamerkan depth pada gambar.

Pilih Gambar Berdekatan Pintu Atau Tingkap

Tingkap adalah sumber cahaya semula jadi yang terbaik. Mereka juga membuat latar depan dan latar belakang yang hebat. Anda tidak boleh salah dengan mereka.

Berikut adalah kaedah yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan komposisi anda:

Latar depan: Letakkan subjek anda di belakang tingkap untuk membuat pantulan yang menarik.

Latar belakang: Letakkan subjek anda di hadapan tingkap untuk membuat tampilan yang lembut dan terang.

Lakukan Penyuntingan Di Aplikasi Untuk Hasil Yang Lebih Baik

Setelah selesai mengambil gambar, kemasan dan penyuntingan pada gambar adalah sesuatu yang sangat diperlukan. Proses ini boleh memberikan hasil yang lebih baik dan gambar yang lebih jelas dan jitu.

Terdapat banyak aplikasi yang boleh melakukan penyuntingan yang baik seperti Snapseed, VSCO dan Adobe Lightroom. Ketiga-tiga aplikasi ini memberikan turas dan penyuntingan yang baik. 

________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk merakam gambar di dalam rumah. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang perlu anda ambil kira sewaktu merakam iaitu cahaya, saiz ruang dan bilangan subjek untuk gambar anda. Selamat mencuba!

Komen