Membesarkan “Digital Natives”
Mengasuh generasi yang akan datang akan menimbulkan cabaran dan peluang baru. Lagipun, ibu bapa yang baru sedang membesarkan anak-anak mereka dalam dunia yang sangat berbeza daripada yang mereka alami semasa kecil. Sejak beberapa dekad yang lalu, teknologi juga telah mengubah cara-cara ibu bapa zaman sekarang mengasuh generasi yang kadang-kadang merasakan seolah-olah mereka berbicara dalam bahasa yang asing dari ibu bapa mereka.
Dalam tulisannya pada tahun 2001 bertajuk “Digital Natives, Digital Immigrants,” penulis Marc Prensky mengatakan bahawa kedatangan dan penyebaran teknologi digital yang cepat pada penukaran abad ini telah mewujudkan satu generasi “digital native” yang telah membesar dikelilingi teknologi berbeza dengan generasi sebelumnya yang perlu mempelajari teknologi.
Ibu bapa masa kini menghadapi cabaran mengasuh “digital natives” dalam dunia yang pesat berkembang yang difahami oleh anak-anak mereka dengan jauh lebih baik daripada mereka sendiri. Tetapi walaupun kadang-kadang terasa seperti mereka mendiami dunia yang berbeza, ada cara di mana ibu bapa dapat merapatkan jurang antara generasi ini.
Ibu bapa terkenal seperti Reese Witherspoon dan Julianne Moore telah menyedari bahawa Snapchat adalah cara yang baik untuk berkomunikasi dengan anak-anak remaja mereka. Platform ini boleh menjadi sebahagian daripada cara-cara digital ibu bapa mengekalkan dan mengembangkan hubungan intim dengan keturunan “digital native” mereka.
Fahami pemikiran mereka untuk memahami tindakan mereka
Suatu kajian yang dilakukan oleh Snap Inc, The Friendship Report telah meneliti persahabatan dalam empat generasi umur yang berbeza, dari Gen X hingga Gen Z. Walaupun “Millennials” dan Gen Zs dapat diklasifikasikan sebagai penduduk “digital natives”, terdapat beberapa perbezaan penting dalam cara mereka berinteraksi dan menampilkan diri mereka di dunia (digital).
Dalam ‘The Friendship Report’ , 37% Gen Z di Malaysia didapati lebih selektif terhadap orang-orang yang mereka biarkan ke dalam lingkaran teman rapat mereka, berbanding dengan “Millennials”, yang selesa berkongsi hubungan intim di luar sempadan teman rapat mereka.
Ini juga ditunjukkan dalam pilihan yang berbeza untuk platform sosial dan pesanan yang disukai. Walaupun rangkaian sosial dibina untuk mengatur representasi digital diri seseorang, penekanan Snapchat terhadap privasi dengan menawarkan kebolehan untuk mengawal siapa yang mempunyai akses ke Snaps anda adalah salah satu sebab Gen Z memilihnya daripada platform lain yang lebih umum. Gen Z tempatan (27%) kurang selesa berbanding Gen Y (56%) untuk berkongsi kemas kini hidup mereka secara terbuka di Facebook.
Di Snapchat, kami telah memikirkan banyak cara bagaimana untuk memberi peluang kepada anak-anak muda untuk berinteraksi secara kreatif, selamat dan positif dengan rakan rapat mereka ketika dalam talian. Aplikasi kami dibina dengan penuh privasi – bermula dengan ciri-ciri “efemeral” (iaitu mempunyai kitar hidup yan pendek) – dan direka untuk menyankal pertandingan populariti dalam talian yang didorong oleh platform lain. Sejajar dengan itu, Snapchat sengaja dibangunkan untuk bebas dari metrik seperti “likes”, komen atau perkongsian (shares) secara awam. Tumpuan kami adalah untuk mencipta pengalaman yang menyeronokkan dan mengejutkan yang menjadikan gambar dengan rakan terbaik anda menjadi menarik. Kami sangat yakin bahawa terdapat pelbagai jenis cara pengguna habiskan masa atas skrin dan kita harus menilai kualiti dan bukan kuantiti.
Memahami panjang gelombang mereka
Walaupun cerita ibu bapa yang berusaha untuk menjadi kool akan sering didengari, terdapat cara-cara untuk mempelajari dan memahami bahasa anak “digital native” anda. Salah satu caranya adalah dengan berdepan dengan mereka seperti equal dan menunjukkan anda memahami mereka. Ini dimulai dengan mengabaikan pendapat negatif dan nostalgia tentang “masa dulu”.
Salah satu kaedah baik untuk mengenali seseorang adalah dengan mencari aktiviti untuk dibuat bersama. Walaupun pengguna Snapchat sebahagian besar terdiri dari “Millennial” dan Gen Z, ada banyak fitur yang menarik bagi semua orang, bukan hanya remaja. Buatlah akaun baru dan terokai aplikasi pemesejan ini yang menawarkan hiburan melalui Discover dan Snap Games, dan pengalaman AR melalui Lens. Mengapa tidak mengalihkan “chat group” keluarga anda ke Snapchat, jadi anda boleh membincangkan dan meraikan detik-detik bersama keluarga yang tulen ditambah dengan batasan atas perkara yang boleh dikongsi di luar kumpulan?
Perkara yang tidak diajar di sekolah
Pada zaman sekarang di mana maklumat dapat diperolehi dengan hanya satu sentuhan jari, kita mempunyai akses ke video beresolusi tinggi dengan tahap tertinggi, dan tahap kemanusiaan yang terendah. Oleh itu, adalah penting untuk tidak merasa terbeban dan mengatasi keadaan yang boleh menimbulkan kegelisahan ini dengan mendidik diri kita dan anak-anak kita. Ajar mereka untuk menjadi pengguna yang arif yang menilai secara kritis maklumat yang mereka peroleh melalui internet. Salah satu langkah utama adalah belajar untuk berhati-hati ketika memilih sumber berita, ini merupakan amalan yang patut dipatuhi sepanjang hayat.
Discover adalah platform yang disusun, dengan pertunjukan dan berita yang berasal dari sumber berita yang dipercayai, dan apa yang anda sampaikan tidak berdasarkan aktiviti rakan – mencegah penyebaran berita palsu yang meluas, atau membuat ruang gema.
Membesarkan kanak-kanak sering kali melibatkan satu kaki pada masa sekarang dan kaki yang lain pada masa depan yang tidak diketahui. Oleh kerana semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, kita perlu belajar menjadi lincah, dan bekerjasama dengan “digital native” kita. Sepanjang perjalanan, mereka mungkin juga mengajar kita satu atau dua perkara tentang dunia baru yang berani ini, walaupun mereka tidak dapat membayangkan masa sebelum telefon bimbit menjadi pintu masuk ke seluruh dunia.
Oleh Nana Murugesan, Pengarah Urusan, International Markets, Snap Inc.