Carian
Bagaimana Untuk Mengurangkan Bau Hamis Kambing Dalam Masakan?
May 27, 2020 Lina Rosli

Bagaimana Untuk Mengurangkan Bau Hamis Kambing Dalam Masakan?

Daging kambing adalah daging merah yang lebih lembut dan halus berbanding daging lembu. Walau bagaimanapun, kelembutan daging ini bergantung pada usia dan jenis kambing. Bukan itu sahaja, perbezaan jenis daging kambing juga boleh memberikan rasa dan bau kambing yang lebih kuat berbanding daging lembu biasa.

Bau hamis yang kuat tidak bermaksud daging kambing anda lama atau sudah tidak sedap. Sebilangan besar bau daripada daging berasal dari lemak dan myoglobin. Ia merupakan cecair merah yang sering disalah anggap sebagai darah dalam daging. Dengan menghilangkan cecair tersebut, bau hamis pada daging dapat dikurangkan.

raw meat on brown wooden chopping board

Hari ini, Tajria hadir dengan beberapa petua penyediaan yang membantu anda meminimumkan bau hamis kambing tanpa merosakkan tekstur dan rasa kambing sewaktu menghidangkannya. 

Buang lemak pada daging

Lemak pada daging akan menahan rasa serta bau daripada hilang. Jadi apabila anda mencuci dan membuang lemak sebelum memasak dapat mengurangkan bau hamis pada daging. Hal ini kerana, semakin sedikit lemak yang meleleh ke dalam kuali semasa proses memasak, semakin kurang bau hamis kambing pada makanan. Untuk memudahkan pembersihan lemak, adalah lebih baik untuk anda potong lemak ketika daging sejuk. Kemudian, biarkan daging defrost pada suhu bilik sebelum dimasak supaya ia masak sekata dan lebih cepat.

Rendam daging dan lumurkan dengan garam

Mengasin daging dapat mengeluarkan sebahagian darah yang busuk. Untuk menghilangkan bau hamis, pertama anda boleh merendam daging di dalam air selama 30 minit untuk membuka liang-liang daging. Kemudian, lumur garam secara pada kedua-dua belah bahagian daging dan biarkan selama satu jam. Selepas itu, bilas garam dari daging sebelum dimasak. Selain itu, anda juga boleh merebus daging dengan merendam campuran air, garam dan cuka.

Perap daging bersama rempah ratus

Cara lain untuk mengurangkan bau hamis juga adalah dengan memerap daging bersama ramuan dan rempah ratus seperti kayu manis, jintan dan ketumbar. Selain rempah biasa, anda juga boleh menambah ramuan seperti rosemary, lada hitam dan bawang putih yang mempunyai aroma yang lebih kuat bagi menghilangkan bau hamis.

Tambah bahan lain ke dalam masakan

Antara bahan lain yang boleh ditambah seperti lada benggala, tomato, brokoli dan bawang holland ke dalam masakan untuk mengurangkan bau hamis. Selain memasaknya dengan bahan lain, anda juga boleh menambah sos seasoning seperti cuka epal dan jus citrus ke dalam masakan bagi menambah aroma lain yang boleh menandingi bau hamis.

Sapu minyak pada daging

Masak daging kambing dengan minyak selama satu minit bagi mengekalkan rasa dan jus di dalam daging. Balikkan daging setelah satu minit untuk memastikan darah pada daging hilang. Sekiranya anda memilih untuk membakar daging kambing, tutup loyang dalam wrapper. Hal ini bagi memerangkap bau serta membantu melembutkan daging.

________________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa cara untuk menghilangkan bau hamis pada daging kambing. Langkah paling utama dalam memastikan bau kambing hilang adalah dengan membersihkan lemak pada kambing dengan betul supaya apabila lauk anda sejuk, ia dapat mengelakkan ketulan lemak pada kuah atau daging. Selamat mencuba!

Komen