Gaya Hidup Yang Tidak Sihat Punca Kerosakan Kulit Kepala
Kerosakan pada kulit kepala menjadi punca utama kepada rambut rosak dan gugur. Hal ini kerana kekurangan folikel pada kulit kepala yang menyebabkan rambut tidak mendapat nutrien yang mencukupi.

Masalah pencemaran, stress dan diet pemakanan yang tidak sihat merupakan antara punca kerosakan kulit kepala yang mana ia akan menyebabkan sama ada kulit kepala kering atau berminyak. Namun, faktor utama masalah kulit kepala adalah disebabkan oleh pemilihan syampu yang salah yang mengakibatkan liang folikel tersumbat sekaligus menjadikan rambut rosak dan akhirnya menyebabkan rambut gugur.
Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Kulit Kepala Rosak?
Masalah kulit kepala ini juga saling berkait dengan kekerapan anda mencuci rambut yang akan memberi kesan kepada kondisi kulit kepala secara keseluruhan. Sebagai contoh, apabila anda menggunakan syampu yang tidak bersesuaian, kulit kepala anda akan bertindak balas yang boleh menyebabkan iritasi dan kegatalan.
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu melakukan beberapa perkara penting untuk menjadikan kulit kepala lebih kuat:
1. Menggunakan Syampu Yang Bersesuaian
Pentingnya menggunakan syampu yang bersesuaian adalah bagi mencuci dan menguatkan kulit kepala. Namun, apabila anda menggunakan syampu rambut yang salah akan menghilangkan minyak semulajadi dalam rambut yang mana akan menyebabkan kekeringan, kerengsaan, mengelupas dan mengurangkan pertumbuhan rambut baru yang lain.
2. Kekerapan Mencuci Rambut
Untuk rambut kering, anda disarankan untuk mencuci rambut sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Sementara, untuk anda yang mempunyai jenis rambut yang berminyak, anda perlu mencucinya setiap hari bagi membersihkan lebih sebum pada kulit kepala.
3. Mengurut Kulit Kepala Dan Menggunakan Skrub
Selain menggunakan cucian rambut seperti syampu, anda juga boleh mendapatkan skrub kulit kepala bagi membantu mengurangkan penumpukan kelemumur atau minyak pada kulit kepala. Gunakannya sekurang-kurangya sekali atau dua kali seminggu. Pastikan anda menggunakan produk skrub yang halus. Kemudian, urut kepala anda pada gerakan kecil atau circular motion menggunakan dengan hujung jari anda.
4. Produk Kawal Minyak Untuk Jenis Rambut Berminyak
Untuk rambut berminyak, anda disarankan untuk menggunakan produk kawalan minyak. Ia diformulasikan dengan vitamin E dan ekstrak daun rosemary untuk membantu mencegah pengeluaran minyak yang berlebihan. Sebaliknya, jika kulit kepala anda kering, anda digalakkan untuk menggunakan produk yang dapat merangsang folikel rambut bagi menghilangkan rasa tidak selesa pada kulit kepala.
5. Membaiki Tabiat Pemakanan
Tabiat pemakanan harian yang sihat dapat meningkatkan kesihatan rambut anda secara keseluruhan. Amalkan diet pemakanan yang kaya dengan lemak omega-3, zink dan zat besi bagi membaiki tekstur rambut serta meningkatkan tahap kelembapan kulit kepala. Tambah makanan seperti salmon, kacang walnut dan badam, avokadi dan sayur-sayuran hijau ke dalam sajian harian.
________________________________________________________________________
Penjagaan kulit kepala dengan baik dapat mengurangkan masalah rambut rosak dan gugur. Oleh itu, anda perlu memastikan kulit kepala anda mendapat nutrien yang mencukupi. Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah kulit kepala sekaligus mendapatkan kulit kepala yang lebih kuat dan rambut yang sihat. Selamat mencuba!