Carian
Bagaimana Anda Boleh Membantu Kanak-Kanak Belajar Di Rumah?
May 27, 2020 Lina Rosli

Bagaimana Anda Boleh Membantu Kanak-Kanak Belajar Di Rumah?

Berikut adalah beberapa petua tentang bagaimana ibu bapa dapat terlibat lebih aktif dalam pengalaman belajar anak-anak anda. Penyelidikan menunjukkan bahawa kanak-kanak cenderung untuk berjaya di dalam akademik dan akan memberi kesan reaksi yang lebih baik sekiranya keluarga mengambil bahagian di dalam pendidikan mereka. Kadangkala, terdapat sesetengah ibu bapa yang mungkin ingin mengambil peluang untuk mengetahui perancangan pihak sekolah terhadap anak mereka, namun usaha ini tidak diambil berat pihak yang terlibat. Sementara, guru-guru pula merasakan bahawa mereka sering diserang dan di bawah pengawasan ibu bapa atas perancangan yang dilaksanakan untuk pertumbuhan anak-anak.

Oleh itu, semasa berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sekolah yang disebabkan wabak COVID-19, ibu bapa seharusnya mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam membantu pihak sekolah dalam mendalami dunia pembelajaran baru anak-anak untuk kelangsungan akademik. 

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu kanak-kanak belajar:

Mempunyai ikatan yang kuat dengan anak anda – Pertalian hubungan yang kuat dengan anak anda akan melahirkan perbualan yang bermakna di dalam dunia pembelajaran mereka agar anda dapat mengetahui di mana anda boleh membantu sekaligus menjadi peserta yang aktif. Mengemukakan soalan yang bermakna, berlatih mendengar secara aktif dan memberikan perhatian yang yang sebaiknya akan membolehkan anda memasuki dunia baru yang menyeronokkan.

Menormalkan dan menyokong cabaran yang datang dengan cara belajar yang baru – Kenali dan ketahui tindakan yang sewajarnya dalam pengalaman pembelajaran yang baharu. Kaedah pembelajaran ini memerlukan banyak cara dan mungkin tidak selalu membawa kepada hasil akademik segera yang berjaya. Pengalaman belajar secara holistik dari masa yang berkualiti akan memudahkan aplikasi pembelajaran baru di kemudian hari.

boy sitting on chair beside table using tablet computer

Memperkaya persekitaran pembelajaran anak anda – Lihat laman web sekolah-sekolah untuk mengetahui cara dan kaedah untuk menggunakan sumber semula jadi di sekitar dengan lebih mudah. Anda boleh membina kawasan permainan, pusat pembelajaran yang baik untuk merangsang tempat pembelajaran yang selamat, sekaligus mengasuh dan mendidik anak anda sehingga mereka tahu bahawa pembelajaran adalah penting untuk perjalanan sepanjang hayat.

Gunakan sumber daya di sekitar komuniti anda untuk pengalaman belajar yang lebih menyeronokkan – Tawarkan peluang belajar berdasarkan pengalaman menggunakan aplikasi untuk melalui perjalanan muzium, muzik, tarian, dan pelajaran seni, program sukan dan perpustakaan. Dorongan dan bimbingan anda akan memperluas pengetahuan anak anda dan merangsang kebiasaan belajar sepanjang hayat.

Campurkan waktu skrin dengan cara pendekatan tradisional – Semasa kita melayari dunia atas-talian yang memerlukan anda lebih seponsif dan bukannya kesinambungan yang berterusan, janganlah kita meremehkan pendekatan tradisional seperti memberikan waktu pembelajaran mengikut pecahan episod untuk pengalaman yang lebih praktikal. “Misi 30 minit” ini merangkumi eksperimen praktikal menggunakan bahan dan sumber di sekitar kita, seperti kesan merokok pada paru-paru menggunakan sebiji epal dalam botol, percambahan biji benih dan pertumbuhan anak benih menggunakan cawan kertas.

Terlibat dengan kumpulan induk – WhatsApp? Sertailah seberapa banyak kumpulan ini yang anda boleh! Walaupun ada kebimbangan untuk terlalu banyak dan berlebihan, memiliki akses platform bermaksud anda akan ‘mengetahui’ perkara penting yang sedang berlaku. Ini juga memberi anda bantuan untuk melaksanakan perubahan dan mencari penyelesaian kolektif untuk cabaran bersama.

Jadi realistik! – Selain menjadi ibu dan bapa, anda juga perlu mengisi peranan sebagai guru dan pendidik sokongan dalam keadaan yang tidak menentu ini. Setiap langkah mungkin terasa seperti beberapa langkah pertama dalam maraton di mana anda tidak dapat melihat garisan penamat. Pastikan anda mempunyai cukup tenaga atau mengisi tenaga anda dengan pengalaman positif bagi membantu mendidik anak-anak sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

Oleh; Nana Adlan Disney (Pengarah Eksekutif, LeapEd)

Komen