Carian
Apa Itu Superfood – Apakah Pandangan Dari Sudut Kesihatan?
May 28, 2020 Lina Rosli

Apa Itu Superfood – Apakah Pandangan Dari Sudut Kesihatan?

Makanan super adalah makanan yang berasaskan tumbuhan dan juga ikan serta tenusu. Ia dianggap padat dari segi gizi dan baik untuk kesihatan. Antara contoh makanan super atau superfood termasuk kobis bunga, timun, blueberry, salmon, kale dan kekacang.

Menurut American Heart Association, superfood tidak mempunyai kumpulan makanan mereka yang tersendiri. Jenis makanan ini lebih kepada istilah pemasaran untuk makanan yang mempunyai kebaikan kesihatan.

assorted sliced fruits in white bucket

Superfood mengandungi pelbagai nutrien seperti antioksidan, yang dianggap dapat mencegah barah dan penyakit kronik. Mereka juga mempunyai lemak sihat yang dapat mencegah penyakit jantung. Sementara serat pula yang dikatakan untuk mencegah diabetes dan masalah pencernaan.

Adakah Superfood Benar-Benar Baik Untuk Kesihatan?

Segelintir pihak mendakwa bahawa penggunaan istilah “superfood” hanyalah sekadar teknik pemasaran, tanpa penyelidikan akademik yang kukuh. Namun, pihak pengeluar berpendapat dengan cara ini ia dapat membentuk persepsi masyarakat terhadap produk mereka.

Sebagai contoh, terdapat pihak yang memetik kenyataan dari Food Drug Association (FDA) dengan mengatakan kacang macadamia berpontesi dalam memberi manfaat kesihatan yang mana dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Hakikatnya, FDA sebelum ini mengeluarkan pernyataan yang mana pengambilan kacang macadamia setiap hari merupakan diet rendah lemak dan rendah kolestrol dan ia berpotensi untuk “mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.”

white round ceramic bowls with white round fruits

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa superfood itu sendiri adalah makanan yang sihat, namun prosesnya mungkin tidak. Contohnya, NPR ada mengatakan yang mana daun teh hijau segar yang mana ia mengandungi beberapa antioksidan. Namun, untuk minuman teh hijau botol yang dikeluarkan secara komersial pula telah diproses dan ditambah dengan jumlah gula tambahan yang banyak selain pengambilan yang berlebihan boleh menjadikan ia supertoxin.

green tea leaves in white ceramic bowl with open lid

Begitu juga dengan biji-bijian dan kekacang yang telah diproses sehingga menjadi lebih enak, namun ia telah mengurangkan kandungan kesihatannya. Sebagai contoh, roti yang berasal dari gandum telah diproses yang mana akan meningkatkan kadar gula dalam aliran darah setelah dimakan menjadikan ia lawan insulin serta mendorong obesiti dan diabetes.

Apakah Kesan Superfood Kepada Pengguna?

Istilah superfood ini sebenarnya hanyalah teknik pemasaran untuk mendorong pengguna mengambil makanan berkhasiat. Kesan buruk akan berlaku kepada pengguna apabila pengeluar atau individu menyalahgunakan istilah ini untuk melariskan produk mereka.

Sebagai contoh, pengeluar yang melabelkan makanan ini sebagai ‘super’ dan ‘sihat’ tanpa menerangkan kuantiti pengambilan dan bahan yang terkandung di dalamnya boleh memberikan risiko jangka masa panjang kepada pengguna. Hal ini kerana, pengguna akan menyangka mereka boleh memakannya dalam jumlah yang tidak terhad dengan fikiran superfood ini adalah produk yang baik yang membantu memulihkan kesihatan mereka. Hakikatnya, terdapat beberapa garis panduan yang harus dipatuhi sebelum memakan superfood.

Walau bagaimanapun, idea superfood ini mungkin merupakan salah satu alternatif yang baik untuk mengajak pengguna ke arah pemakanan yang sihat selain memahami nilai pemakanan yang berkhasiat. Selamat mencuba!

Komen