Texas Chicken telah melancarkan jenama semula dengan identiti yang lebih segar. Restoran ini memperkenalkan logo baharu, reka bentuk restoran yang lebih menarik serta rekaan bungkusan makanan baharu dan penawaran hidangan istimewa dengan tempoh masa terhad dalam senarai menu.

Pelancaran semula logo untuk Texas Chicken dilihat lebih moden dan kemas yang menampilkan bulatan emas di sebelah atas dan bawah perkataan Texas. Perkataan ‘Texas’ dilihat diletakkan dalam kedudukan yang mengiring ke tepi bagi menunjukkan citarasa yang berani dan berkeyakinan tinggi.

Reka bentuk dalamannya pula memaparkan pelbagai lukisan mural bersaiz besar dengan ikon istimewa yang menonjolkan elemen penting Texas seperti lada jalapeno yang bemaksud “Berani”, bintang yang mewakili “Texas”, dan ayam untuk “Citarasa”. Bintang gergasi berwarna emas di bahagian siling restoran pula memainkan peranan sebagai lampu dan turut memberikan gambaran bahawa di sinilah tempat untuk sesiapa sahaja mendapatkan sesuatu yang lebih mantap dengan cita rasa hebat. 

Terdapat juga pelbagai pilihan tempat duduk termasuklah meja kayu, kerusi, bangku dan kerusi tinggi, di mana permukaan pilihan tempat duduk ini dan juga dinding dihiasi dengan warna terang. Papan menu digital memfokuskan visual-visual bersaiz lebih besar untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan dengan lebih tepat dan pantas.

Sempena pelancaran semula ini juga, Texas Chicken turut memperkenalkan tawaran menu dalam tempoh terhad seperti Ayam 8 Lada Bersaudara yang membawakan sos yang diperbuat daripada 8 jenis lada berbeza. Selain menu ayam, ia juga membawakan semula hidangan Biskut Cip Coklat

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Texas Chicken kini telah kembali menawarkan pilihan perkhidmatan makan di restoran, bawa-pulang makanan yang dipesan, penghantaran makanan melalui GrabFood dan juga pembelian secara pandu-lalu. 

Bukan itu sahaja, restoran ini turut menerapkan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan bagi memastikan pelanggan dapat menikmati hidangan yang lazat dalam suasana yang tenang dan selesa.