Kempen #KotexSheCanFund – Untuk Wanita Dan Remaja Perempuan Yang Memerlukan

Baru-baru ini, Kotex dilihat hadir dengan satu kempen baru yang dinamakan #KotexSheCanFund. Menerusi kempen ini, ia membawakan produk kebersihan wanita kepada para wanita dan remaja perempuan yang memerlukan sewaktu perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Kempen #KotexSheCanFund adalah bertujuan untuk memberi insipirasi kepada para wanita dan menyokong cita-cita dan impian mereka supaya menjadi kenyataan.

Kotex Malaysia - Posts | Facebook

Inisiatif ini dimulakan oleh Vimala Kanagaratnam yang mana mengedarkan produk kebersihan wanita kepada yang menghadapi masalah pendapatan. Usaha ini selari dengan objektif Kotex, jenama ini membawakan platform untuk wanita dalam mencapai impian mereka.

Antara yang ditawarkan oleh Kotex dalam membantu Vimala termasuk membekalkan 384 paket produk penjagaan wanita untuk diedarkan dikawasan komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang.

Selain itu, Kotex juga menyediakan produk penjagaan wanita kepada Persatuan Kesihatan Reproduksi Keluarga Selangor & Wilayah Persekutuan (SWP FReha) dan inisiatif Transformasi Komuniti sebanyak 120 paket untuk diedarkan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Kotex bagi mengetahui informasi berkenaan kempen yang dijalankan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memohon dana dari Kotex bagi menjayakan impian anda. Anda juga boleh mendapat produk kebersihan wanita dari jenama ini secara atas-talian.