Carian
Ini Adalah Tips Untuk Memastikan Tudung Anda Terletak Cantik Sepanjang Hari
May 29, 2020 Lina Rosli

Ini Adalah Tips Untuk Memastikan Tudung Anda Terletak Cantik Sepanjang Hari

Jika kita lihat pada masa kini, terdapat pelbagai fesyen dan gaya tudung yang diperagakan oleh kebanyakan wanita muslim. Tidak kira sama anda bawal, selendang (shawl) atau tudung sarung, ia sudah menjadi fenomena biasa bagi wanita Islam untuk kelihatan cantik dan menutupi aurat.

Bercakap mengenai penggayaan tudung, Tajria hari ini ingin berkongsikan kepada tips dan cara untuk memastikan hijab anda terletak sepanjang hari. Walaupun sudah dipakai berulang kali bagi memastikan anda berasa selesa sewaktu menggunakannya.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan bagi memastikan hijab atau tudung anda kekal cantik dan tidak bergerak:

Menggunakan Anak Tudung Yang Ketak Atau Tidak Longgar

Pemilihan anak tudung atau scaf kepala yang bersesuaian adalah penting. Hal ini bagi memastikan tudung anda tidak bergerak mengikut anak tudung. Selain itu, anak tudung yang ketat juga boleh menghalang daripada rambut anda terkeluar dari tudung. Hasilnya, tudung anda tidak lagi akan beralih dan terletak cantik di muka sepanjang hari.

Be Lofa Inner

Mencari Fabrik Tudung Yang Tidak Terlalu Licin

Bagi anda yang mempunyai aktiviti yang memerlukan anda untuk bergerak aktif, anda disarankan untuk memakai jenis kain tudung yang lebih senang dibentuk dan tidak bergerak. Selain itu, anda juga perlu membeli berdasarkan kualiti kain kerana ia akan mempengaruhi cara pemakaian tudung anda. Elakkan daripada memilih kain yang terlalu lembut atau terlalu tebal kerana ia akan merosakkan posisi tudung anda.

Matte Satin Silk – dUCk

Pilih Gaya Tudung Yang Bersesuaian Dengan Muka Anda

Selain pemilihan anak tudung dan material tudung, anda juga perlu mengambil kira bentuk muka anda sewaktu menggayakan tudung. Menerusi penggayaan tudung yang sesuai, ia bukan sahaja menjadikan tudung anda terletak dengan baik, malah ia juga memberikan impak atau hasil yang lebih menarik kepada wajah anda.

________________________________________________________________________

Bukan itu sahaja, gaya tudung yang lebih ringkas juga turut memberi kesan kepada bentuk tudung anda. Sebagai contoh, gaya yang tidak memerlukan anda melilit dengan banyak atau fesyen tudung yang menggunakan jumlah pin yang secukupnya dapat menjamin kecantikan bentuk tudung anda. Selamat mencuba!

 

Komen