Carian
Pereka Fesyen Henna And Hijabs Hadir Dengan Steril Hijab Untuk Barisan Hadapan Di Minnesota
June 1, 2020 Lina Rosli

Pereka Fesyen Henna And Hijabs Hadir Dengan Steril Hijab Untuk Barisan Hadapan Di Minnesota

Seperti yang kita sedia alami, Covid-19 telah banyak memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat dan juga mengganggu operasi kebanyakkan syarikat. Ia tidak hanya berlaku di Malaysia tapi ia juga turut terjadi di negara-negara lain termasuk Dubai.

Pada Mac dan April lalu, sebuah jenama fesyen tempatan di Minnesota hadir dengan bantuan untuk para wanita muslim yang bekerja sebagai staf kesihatan barisan hadapan di daerah tersebut. Hal ini bagi memudahkan staf kesihatan lebih kerap mencuci tudung untuk menjaga kebersihan. 

Bagi mengurangkan penyebaran kuman, terdapat sebilangan staf bahkan membuang hijab mereka di antara setiap shift yang mana memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi untuk dilakukan.

Inilah sebabnya mengapa pereka fesyen Henna & Hijabs iaitu Hilal Ibrahim merancang untuk memberi sumbangan tudung kepala yang mudah dicuci dan digunakan semula dengan selamat. Sebanyak lebih dari 700 hijab telah diberikan kepada doktor dan jururawat di barisan hadapan sewaktu krisis koronavirus ini berlaku di seluruh negeri. Henna & Hijabs adalah sebuah butik yang mengkhususkan tudung organik dan yang terdapat dalam berbagai warna, termasuk hitam, coklat, biru dan merah jambu.

Untuk pemberian hijan ini, ia membawakan rekaan yang lebih mudah yang mana tidak akan mempengaruhi pergerakan pada pekerjaan namun masih mematuhi keperluan agama. Ia juga hadir dengan material jersi yang ringan, sesuai untuk dicuci dan dibersihkan oleh kebanyakkan staf kesihatan.

Komen