Carian
5 Buku Nota Digital Yang Boleh Anda Cuba
June 2, 2020 Lina Rosli

5 Buku Nota Digital Yang Boleh Anda Cuba

Dalam arena teknologi masa kini, terdapat pelbagai aplikasi dan platform yang boleh kita guna dan cuba dalam kehidupan seharian. Ini termasuk aplikasi penyediaan nota atau senarai to-do yang boleh dilakukan secara atas-talian.

black ipad on brown wooden table

Mengapa nota digital sangat diperlukan? Selain dapat mengehadkan penggunaan kertas dan menjimatkan masa, ia juga sangat baik dalam membantu anda mengurus nota dan maklumat dengan lebih mudah. Malah, penyediaan nota secara digital juga boleh diakses tanpa had yang mana boleh dihubungkan dengan pelbagai peranti lain.

Tapi, apakah aplikasi yang sesuai untuk digunakan dalam menyediakan nota secara atas-talian? Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda beberapa aplikasi nota yang boleh anda cuba;

Google Keep (Percuma)

Google Keep adalah buku nota digital yang membolehkan anda mengambil dan menyimpan nota, foto, memo suara dan senarai semak dengan cepat ke Google Drive. Ia boleh diakses dan juga boleh dihubungkan pada peranti lain jika disambungkan ke sambungan internet. Ia sangat sesuai untuk pengambilan nota dengan cepat dan ringkas di desktop atau di peranti pintar anda.

Muat turun: Google Keep di Android , Google Keep di iOS

Microsoft OneNote (Percuma)

Microsoft OneNote merupakah sebahagian daripada rangkaian aplikasi Office 365. Ia merupakan antara aplikasi nota yang popular dalam golongan akademik dan professional sebagai alat bantu produktiviti. OneNote hadir dengan kemudahan sepenuhnya teknologi cloud dan Microsoft bagi memudahkan penyimpanan dan perkongsian maklumat. 

Bukan itu sahaja, ia juga boleh diakses oleh pengguna berganda pada masa yang sama. Selain kemampuan memasukkan teks, ia juga membolehkan anda merakam audio dan video terus ke dalam buku nota anda yang sangat sesuai untuk dokumentasi sewaktu mesyuarat dan perkongsian dengan rakan sekerja.

Muat turun: OneNote di Android , OneNote di iOS

Notion (Percuma, Berbayar)

Notion adalah aplikasi semua dalam satu all-in-one di mana anda boleh menulis, merancang, dan mengurus maklumat dengan teratur. Melaluinya, anda boleh membuat nota, menambah tugas, menguruskan projek dan banyak lagi. Ia turut menyediakan kemampuan untuk pengguna berkongsi, memberi komen, tugas dan peringatan. 

Buku nota digital ini juga memberikan anda ruang peribadi seperti menyimpan tarikh penting di kalendar atau paparan senarai yang ringkas yang berfungsi di semua platform termasuk di Android, iOS, Mac, Windows, Web.

Muat turun: Notion di Android , Notion di iOS

Apple Notes (Percuma)

Dengan aplikasi Notes untuk peranti iPhone dan iPad, anda boleh menyediakan pelbagai jenis nota serta menambah lakaran yang dilukis dengan tangan dan beberapa idea visual lain. Anda juga boleh membuat senarai semak untuk di dalam catatan anda. Bukan itu sahaja, ia hadir dengan sokongan foto, video, audio, lokasi, pautan web, dan dokumen pada satu tempat. 

Melalui Notes juga, anda boleh menyediakan nota ringkas pada iPhone semasa anda berada di luar, dan mengedit nota menggunakan peranti Mac pada waktu yang lain.

Evernote (Percuma, Berbayar)

 

Evernote adalah aplikasi nota digital percuma yang boleh menyimpan segala maklumat termasuk resit, artikel dan nota pembelajaran ringkas. Ia boleh dihubungkan kepada semua peranti mudah alih tidak kira pada iPhone dan Android.

Berbanding aplikasi nota yang lain, Evernote menyokong fungsi browser extension untuk anda menyalin maklumat daripada web terus ke buku nota anda dan juga tag nota yang membolehkan anda mencari nota menggunakan tagar (hashtag). 

Muat turun: Evernote di Android , Evernote di iOS

________________________________________________________________________

Ini adalah lima aplikasi nota atau buku nota digital yang boleh anda gunakan untuk menyediakan nota atau mengurus dokumen dan fail secara atas-talian. 

Komen