OYO Membawakan Program Penginapan Yang Telah Disanitasi Bagi Mengawal Penularan Covid-19
Jika kita lihat sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilakukan, kebanyakan syarikat telah kembali beroperasi semula. Susulan daripada tindakan ini, OYO Hotels & Homes hadir dengan inisiatif ‘Sanitized Stays’ atau ‘Penginapan yang Telah Disanitasi’. Ia dilakukan bagi memastikan kelancaran proses daftar masuk dan lain-lain aktiviti sepanjang tempoh penginapan.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk:
- Kontak Minimum Sewaktu Pendaftaran Bilik – Bagi memastikan penjarakan sosial, OYO akan merombak semula proses daftar masuk dan keluar tetamu bagi memastikan kontak dan sentuhan yang minimum. Sebagai contoh, pengguna dijangka hanya perlu memuat naik maklumat pengenalan diri mereka dan melengkapkan proses formaliti dengan interaksi yang minimum daripada kakitangan hotel.
- Perkhidmatan sentuhan minimum – OYO turut hadir dengan perkhidmatan bilik sentuhan minimum dan melatih kakitangan mengikut SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
- Hadir Dengan Tag Sanitized Stays – Selain itu, untuk kesemua pemilik hotel dan rumah OYO yang menyertai program ini akan mempunyai logo ‘Sanitized Stay’ yang dipaparkan di dalam Aplikasi OYO dan Platform Tempahan Hotel. Sebelum mereka dianugerahkan dengan logo tersebut, hotel-hotel berkenaan akan menjalani proses pemeriksaan awal dan dikuti dengan pemeriksaan kerap bagi memastikan pematuhan.

Bukan itu sahaja, OYO turut membawakan modul latihan baru yang menggabungkan SOP berkaitan perubahan prosedur operasi bagi seluruh fungsi seperti:
- Saringan kesihatan seperti pemeriksaan suhu dan simptom untuk semua tetamu dan kakitangan.
- Langkah pembasmian kuman yang betul di setiap ruang secara kerap dengan meletakkan cecair pencuci tangan di bahagian penyambut tetamu dan meningkatkan keperluan pemakaian peralatan keselamatan seperti topeng muka pada setiap masa.
- Menggalakkan makan di dalam bilik dan mengelakkan tetamu atau kakitangan makan di kawasan awam.
- Tetamu akan diminta untuk mengendalikan bagasi mereka sendiri bagi menjamin kebersihan bagasi. Semua bagasi juga akan disanitasi.
- Pihak pengurusan hotel dikehendaki mengawasi aktiviti pengemasan bilik hotel
- Pengenalan polisi dalam berurusan dengan kontraktor luar mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Melalui pengenalan program ini, ia dapat membantu memberikan sedikit keyakinan kepada tetamu atau pengguna dalam menggunakan servis dan perkhidmatan dari OYO Hotels & Homes. Bukan itu sahaja, inisiatif ini juga dilihat dapat membantu melancarkan proses penyediaan servis sekaligus mengawal penularan covid-19 daripada berlaku dalam kalangan pengguna.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai OYO di Malaysia, sila kunjungi https://www.oyorooms.com/my/