Carian
Bilakah Anda Perlu Menggantikan Bilah Pengelap Cermin Kereta?
June 2, 2020 Lina Rosli

Bilakah Anda Perlu Menggantikan Bilah Pengelap Cermin Kereta?

Wiper blades atau bilah pengelap adalah satu alat dan komponen yang penting pada kereta. Ia bagi menjamin keselamatan dalam pemanduan ketika hujan. 

Apabila bilah pengelap tidak lagi bersentuhan dengan permukaan kaca depan, ia menghasilkan pengelapan yang tidak sekata selain menjadikan pandangan di cermin anda tidak jelas.

Jadi, berapa kerap anda harus menukar bilah pengelap anda? Penukaran bilah pengelap ini bergantung kepada jenis bilah, bahan yang digunakan serta iklim di kawasan anda. Ini adalah beberapa faktor yang wajar dipertimbangkan jika ingin menukar bilah pengelap anda.

Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Diganti?

Kebanyakkan pengeluar mengesyorkan menukarnya setiap enam bulan hingga setahun sekali, tetapi keadaan memandu anda sendiri mungkin memerlukan penggantian yang lebih kerap. 

Namun, ia akan menjadi satu masalah sekiranya anda tidak menggunakannya secara berkala kerana anda mungkin tidak tahu waktu yang memerlukannya diganti. 

Apakah Perkara Lain Yang Mungkin Perlu Dipertimbangkan?

vehicle glass with water droplets

Selain faktor iklim dan bahan, anda boleh melihat hasil atau keadaan bilah pengelap sewaktu anda menggunakannya. Berikut adalah keadaan lain yang boleh anda perhatikan:

  1. Squeaking – mengeluarkan bunyi yang halus dan nyaring
  2. Streaking – menghasilkan jalur atau coretan sewaktu mengelap air
  3. Splitting – mengelap cermin secara tidak sekata
  4. Skipping – pengelapan menjadi tersekat dan tidak lancar

Anda juga boleh memeriksa kondisi pengelap kereta anda dengan cara merasakan strukturnya sama ada ia telah keras dan mula merekah. Pengelap yang sudah mula rapuh juga perlu diganti supaya ia tidak merosakkan dan mencalarkan cermin kereta anda.

 

Komen