Kayman Beauty Melancarkan Produk Muka Baru – Golden Cocoon Multi Element Mask
Tidak dinafikan bahawa jenama kecantikan Kayman Beauty semakin menempa nama di pasaran tempatan. Jenama ini telah menawarkan pelbagai produk penjagaan kulit yang berkesan pada harga yang berpatutan.
Baru-baru ini, Kayman Beauty telah mengumumkan penambahan produk baru untuk barisan produk penjagaan kulit mereka iaitu Golden Cocoon Multi Element Mask (MEM).
Ia merupakan topeng muka (sheet mask) yang direndam dengan serum atau esen yang diformulasikan dan dihasilkan di Korea. MEM ini membantu mencerahkan, melembapkan, mengawal penuaan serta menyuburkan kulit melalui perumusan pakar dari ramuan premium.
Ia merupakan produk kelima dalam barisan produk Kayman Beauty selepas Coalface Soap, Coalface Cleanser, Rosa Glow Treatment Essence dan Skintella Repairing Serum.
Apakah Bahan Yang Ditawarkan Dalam Topeng Muka Golden Cocoon Extract?
Bahan utama yang dibawakan di dalam MEM adalah ekstrak kepompong emas. Ia berasal dari kepompong ulat sutera yang kaya dengan sericin dan protein. Sericin membantu dalam penyembuhan luka, pelembab bioadhesive, anti-kedut dan anti-penuaan.
Bukan itu sahaja, sericin juga mampu meningkatkan keanjalan kulit serta mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk digunakan oleh pelbagai jenis kulit. Selain sericin, MEM juga mengandungi bermacam-macam bahan yang berkesan dan bermanfaat seperti niacinamide, ekstrak fermentasi lactobacillus dan sodium hyaluronate yang baik untuk kulit sensitif, mengurangkan keradangan dan menjaga kelembutan kulit.
________________________________________________________________________
Bagi yang berminat, Golden Cocoon Multi Element Mask ini boleh didapati pada harga RM59 dan boleh dibeli di laman web rasmi Kayman Beauty serta stokis dan ejen mereka yang berdaftar. Susulan perlaksanaan PKP ini juga, jenama ini turut hadir dengan inisiatif Bantuan COVID-19 yang mana sebahagian hasil jualan setiap unit topeng akan disumbangkan kepada organisasi dan individu yang terjejas.