L’OREAL Dengan Kerjasama Lazada – Hadir Dengan Kempen “Back To Beauty”

Bermula 3 Jun sehingga 5 Jun ini, L’OREAL GROUP membawakan acara kecantikan eksklusif di Lazada yang membawakan pelbagai barangan atau produk yang terbaik daripada pelbagai jenis jenama seperti Garnier, Maybelline dan L’Oreal Paris.

Kempen ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para wanita untuk kembali konfiden dalam melalui norma baru. Bukan itu sahaja, L’OREAL juga menyokong para wanita supaya terus bersedia – Beauty Ready ketika mereka menerapkan sosial baru dengan melakukan ritual kecantikan seperti rawatan kulit di rumah dan penampilan solekan yang sempurna ketika memakai topeng muka. 

Apa Yang Boleh Anda Nantikan Di Acara Back To Beauty?

Memastikan anda #BeautyReady dengan L’Oreal, Maybelline dan Garnier;

Trend Penjagaan Kulit:

  • Produk penjagaan kulit yang sesuai untuk masa yang lama di rumah – L’Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence, Garnier Light Complete Booster Serum, L’Oreal Paris White Perfect Clinical Essence
  • Meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan diri tidak kira jantina – Garnier Micellar Water, Garnier Men Acno Fight Scrub Cleanser
  • Keperluan harian sebelum keluar rumah – L’Oreal Paris UV Perfect Matte & Fresh

Trend Solekan:

  • Menyerlahkan solekan mata untuk mengekspresikan kreativiti – Maybelline Hypercurl, L’Oreal Paris Lash Paradise
  • Solekan yang lebih tahan lama – Maybelline SuperStay Matte Ink, Maybelline Fit Me Foundation, L’Oreal Paris Infallible 24H Matte Cover Foundation, L’Oreal Paris Rouge Signature Liquid Lip

Trend Penjagaan Rambut:

  • Rawatan rambut di rumah – L’Oreal Paris Excellence Crème, L’Oreal Paris Excellence Fashion, Garnier Color Naturals Kit, L’Oreal Paris Extraordinary Oil

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan barangan dan produk keperluan anda dengan harga diskaun harian bermula jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.