Carian
#WorkNow – Inisiatif JobStreet Untuk Rakyat Malaysia Yang Menganggur Kembali Bekerja Dengan Lebih Cepat
June 4, 2020 Lina Rosli

#WorkNow – Inisiatif JobStreet Untuk Rakyat Malaysia Yang Menganggur Kembali Bekerja Dengan Lebih Cepat

Baru-baru ini JobStreet hadir ini dengan inisiatif baru untuk rakyat Malaysia yang menganggur kembali bekerja dengan lebih cepat menerusi #WorkNow. Inisiatif ini membolehkan majikan atau pihak pengurusan syarikat untuk mencari calon pekerja dengan lebih mudah. 

Melalui #WorkNow juga, ia akan menghubungkan para pencari kerja dan majikan dengan lebih berkesan. Bagi anda yang sudah mempunyai akaun JobStreet, anda hanya perlu mengemaskini akaun dan tambahkan #Worknow ke profil anda untuk memberi tahu syarikat bahawa anda telah bersedia untuk mula bekerja. Dengan cara ini, majikan yang mempunyai keperluan pengambilan pekerja segera boleh mencari dan melihat profil anda dengan lebih mudah sekaligus boleh menghubungi anda dengan lebih pantas.

person using MacBook Pro

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh JobStreet pada bulan Mei di antara 5,000 tenaga kerja di Malaysia, kira-kira satu daripada lima orang yang bekerja sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diberhentikan. Sebilangan besar pekerja yang diberhentikan adalah pekerja kurang berpendapatan dari segmen berpendapatan rendah (B40) dan juga tenaga kerja sambilan di organisasi kecil termasuk pekerja dari industri pelancongan, perhotelan, katering, pengangkutan massa, pendidikan dan peruncitan. 

Bukan itu sahaja, JobStreet turut hadir dengan kempen #TogetherAhead yang mana memberikan kemudahan kepada majikan dan rakyat yang mencari kerja untuk mendapatkan maklumat bagi memenuhi keperluan pekerjaan mereka. Pencari kerja dapat mencari pekerjaan yang menepati keperluan industri bagi meningkatkan peluang syarikat untuk terus merekrut serta mendapatkan nasihat kerjaya untuk membantu mereka dalam mencari peluang pekerjaan yang seterusnya.

Komen