Carian
Samsung Members – Pulangan Tunai Bersempena Minggu Fesyen Melalui ShopBack
June 5, 2020 Lina Rosli

Samsung Members – Pulangan Tunai Bersempena Minggu Fesyen Melalui ShopBack

Terkini, Samsung membawakan tawaran istimewa bersempena ‘Beauty Week’ dan ‘Fashion Week’ kepada para pengguna Samsung atau pemilik akaun Samsung Members dengan mendapatkan pulangan tunai daripada 6 jenama berbeza melalui ShopBack. 

Promosi ini boleh didapati bermula hari ini sehingga 14 Jun 2020 yang menawarkan pulangan tunai antara 3.5% sehingga 9% untuk jenama fesyen seperti Pomelo., JD dan Uniqlo.

Sekiranya anda berminat untuk produk kecantikan, anda juga boleh mendapatkan pelbagai produk dengan harga yang berpatutan bersempena ‘Beauty Week’ bermula 15 sehingga 30 Jun 2020. Antara jenama yang terlibat adalah Althea, Hermo dan ColourPop.

Bukan itu sahaja, Samsung Members yang mendaftar melalui akaun rasmi ShopBack Samsung akan menerima tambahan tawaran sebanyak RM5 sempena pendaftaran. Ia merupakan faedah eksklusif untuk semua pengguna Samsung Members.

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk menikmati ganjaran dan pulangan tunai:

1. Klik “Tebus” pada aplikasi Samsung Members.
2. Tekan butang “Visit Website” yang membawa kepada laman web ShopBack
3. Daftar atau Log masuk ke akaun ShopBack anda melalui telefon bimbit atau desktop.
4. Pilih senarai kedai atau laman edagang yang diinginkan.
5. Pilih item dan periksa pembelian anda.
6. Checkout pembelian anda di ShopBack.

Bagi yang berminat, anda boleh mula mendaftar akaun Samsung Members bagi yang masih belum mempunyai akaun serta mula membeli menerusi laman ShopBack untuk mendapat pulangan tunai dan banyak lagi ganjaran yang menarik.

Komen