Ketahui Jenis-Jenis Bau Kemaluan Wanita
Apabila berbicara tentang kemaluan wanita, ramai yang berasa peka dengan bau yang dihasilkan oleh vagina. Lambakan produk untuk alat sulit wanita daripada tuala wanita, panty liner hinggalah pencuci kemaluan mempopularkan bau-bauan floral yang menyegarkan.
Namun begitu, vagina yang sihat tidak berbau seperti bunga-bungaan, apatah lagi berbau segar. Mari kenalpasti bauan yang normal untuk kemaluan anda
Berbau Seperti Yis

Vagina yang sihat berbau seakan-akan yis. Tidak pasti bagaimana bau yis? Fikirkan doh roti dan donut. Kebetulan makanan ini juga mengandungi bakteria yang sama yang wujud di kawasan vagina, iaitu lactobacilli (namun begitu ketahui bahawa strain bakteria yang wujud di vagina dan untuk yis dalam pembuatan makanan adalah dua strain yang berbeza.)
Oleh yang sedemikian, bauan vagina seakan-akan yis menandakan kehadiran bakteria lactobacilli. Bakteria ini membantu mengekalkan pH vagina yang sedikit berasid iaitu sekitar 3.8 hingga 4.5 di mana merupakan pH yang seimbang untuk vagina yang sihat. Ini memastikan keseimbangan microbiome dan mengelakkan pertumbuhan bakteria jahat di kawasan vagina
Berbau Seakan Logam

Vagina yang berbau seakan-akan duit syiling tembaga atau logam adalah bauan yang biasa dialami sewaktu menstruasi ataupun selepas berhubungan intim. Ini adalah diakibatkan oleh kehadiran darah yang secara normalnya kaya dengan zat besi.
Namun begitu, bau ini tidak sepatutnya berlarutan dan berpanjangan. Sekiranya anda mendapati vagina anda berbau seakan-akan logam walaupun bukan pada hari anda bermenstruasi, ataupun anda mengalami pendarahan pada masa bukan sepatutnya anda mengalami menstruasi, sila dapatkan nasihat dan rawatan lanjut daripada doktor.
Berbau “Manis”

Bau vagina berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ini dipengaruhi olah faktor kebersihan, kitar haid, faktor pemakanan dan faktor diri anda sendiri. Faktor ini akan mempengaruhi aktiviti bakteria di kawasan vagina di mana ia akan menghasilkan bau seakan-akan “manis”. Fikirkan gula hangus (molasses). Walaupun berbau seakan “manis’, ia tidaklah berbau seperti cookie. Ia masih ada pengaruh bau yis yang earthy.
Berbau Herba dan Earthy

Ada kalanya kemaluan anda akan menghasilkan bau seperti bau herba dan berbau earthy seakan-akan peluh. Ini sebenarnya adalah bau badan anda sendiri, dan bukan bau vagina anda. Namun, bagaimanakan situasi ini boleh berlaku?
Badan kita mempunyai dua jenis kelenjar peluh, iaitu ekrin dan apokrin. Kelenjar ekrin mempunyai bukaan terus ke permukaan kulit dan ia menghasilkan peluh yang membantu mengawal suhu badan. Kelenjar apokrin pula mempunyai bukaan ke arah folikel rambut dan bertindak balas dengan emosi anda. Kelenjar apokrin terdapat di kawasan pelipat badan seperti ketiak dan celah kelangkang.
Sekiranya anda berada dalam keadaan yang stress, kelenjar apokrin akan bertindak balas dengan hormon yang terhasil akibat tindak balas emosi tersebut dan lantas merembeskan peluh di kawasan ketiak dan celah kelangkang. Maka tidak hairanlah sekiranya kemaluan anda berbau seperti peluh yang kuat dan bercampur dengan bau vagina anda. Sekiranya anda tidak selesa dengan bau tersebut dan ingin mengurangkan impak bau badan anda terhadap orang sekeliling, pastikan anda kerap membersihkan diri, menukar seluar dalam dan memakai deodoran.
Berbau Hanyir atau Bauan Kimia

Dalam banyak-banyak bau, ini adalah bau yang perlu anda risaukan. Vagina yang menghasilkan bau hanyir seperti ikan busuk atau bauan kimia seperti peluntur atau ammonia menandakan kehadiran urea atau bacterial vaginosis.
Urea hadir daripada air kencing. Pemendapan air kencing di seluar dalam ataupun di sekitar vulva boleh mengakibatkan bau ini. Oleh yang sedemikian, jagalah kebersihan kemaluan anda setiap kali ke tandas dan tukar seluar dalam anda sekali atau dua kali sehari. Bau urea yang kuat dalam air kencing juga menandakan anda terhidrasi, maka minumlah air dengan cukup dalam kadar yang disyorkan setap hari.
Bacterial vaginosis ialah antara jangkitan yang biasa ditemui di kalangan wanita. Ia terjadi akibat pembiakan bakteria anaerobic yang terlalu banyak di kawasan faraj. Antara tanda-tanda bacterial vaginosis ialah:
- vagina berbau busuk
- keputihan yang cair berwarna kelabu, putih atau kehijauan
- kegatalan d kawasan vagina
- terasa pedih ketika membuang air kecil
Vagina yang berbau seakan ikan busuk jugak terjadi akibat trichomoniasis, iaitu merupakan salah satu jangkitan penyaki kelamin. Ia diakibatkan oleh kewujudan bakteria yang menghasilkan trimethylamine yang merupakan kompaun kimia yang menyebabkan bau hanyir seperti ikan. Namun begitu, penyakit ini boleh dirawat dengan pengambilan antibiotik.
Sekiranya vagina anda mempunyai bauan yang busuk, silalah berjumpa dengan doktor sesegera mungkin untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.