Lina Rosli Diterbitkan 22 September 2022

Apa Itu Primer Solekan? Ini Adalah 6 Kelebihan Memakainya

Mempersiapkan kulit sebelum memakai solekan adalah langkah penting yang biasanya melibatkan pembersihan dan pelembapan. Walau bagaimanapun, meletakkan primer sebagai persediaan kecantikan boleh menjadikan rias wajah yang lebih tahan lama dan aplikasi yang lebih sekata.

Apa itu Primer Solekan?

Primer akan mencipta lapisan tambahan antara kulit dan solekan anda serta merupakan produk utama yang digunakan untuk membantu solekan tahan lebih lama, melicinkan permukaan kulit dan meratakan warna kulit.

Selain kulit muka, primer yang berbeza boleh digunakan pada mata, bibir dan juga bulu mata. Pemilihan primer yang bersesuaian adalah bergantung pada fokus solekan dan tujuan kecantikan anda.

Apakah Kelebihan Menggunakan Primer Muka?

Primer muka hadir dalam pelbagai variasi iaitu mengikut jenis dan keperluan kulit. Berikut adalah beberapa jenis primer yang boleh anda cuba:

Primer Pencahayaan atau Illuminating Primer: Ia mengandungi bahan yang berkilauan untuk menjadikan kulit anda lebih cerah. Produk ini sangat sesuai untuk menambahkan cahaya ke atas solekan selain membantu menambah kesan kilauan keemasan pada kulit.

Mattifying Primers: Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, anda mungkin ingin menggunakan primer jenis mattifying. Ia membantu mengurangkan kilauan dan mengawal sebum. Antara produk yang disyorkan adalah Estée Lauder Perfecting Primer The Mattifier.

Colour-Correcting Primers atau Primer Pembetulan Warna: Primer ini digunakan untuk mengatasi perubahan warna seperti kulit merah atau kulit pucat. Anda boleh mencuba produk Clinique Superprimer Face Primer hadir dalam pelbagai warna untuk setiap masalah penjagaan kulit.

Long-Wearing Primers: Walaupun semua primer bertujuan untuk menjadikan solekan tahan lebih lama, namun ada variasi primer yang tertentu yang dapat meningkatkan daya tahan.

Hydrating Primers: Sekiranya anda mengalami kulit yang kering, tambahkan lapisan kelembapan tambahan dengan primer khas seperti RCMA Pre-Foundation Moisture Lotion yang dapat membantu menyegarkan dan menganjalkan kulit.

Primer Minimumkan Pori: Sekiranya anda mempunyai liang pori yang besar dan warna kulit yang tidak sekata, anda mungkin boleh mencuba primer untuk membantu mengurangkan atau meminimumkan tampilan pori.

Primer Mata, Bulu Mata Dan Bibir

Setiap bahagian wajah anda perlu dilapisi dan dijaga dengan cara yang berbeza. Menggunakan primer mata, bulu mata dan bibir yang berasingan akan membantu kosmetik bertahan lebih lama serta lebih mudah digunakan di kawasan yang ditentukan.

Primer mata akan memberi kesan khusus solekan mata. Ia diformulasikan bagi menyediakan kulit yang lebih nipis dan kurang berminyak pada kelopak mata dan memperbesar bayangan yang terang.

Sementara lash primer pula membekalkan nutrien sambil mewujudkan asas merata untuk bulu mata yang banyak. Pertimbangkan Blinc Lash Primer untuk rawatan berkhasiat. Akhir sekali, primer bibir memberikan asas solekan yang halus untuk penggunaan gincu yang sekata

Terdapat pelbagai tujuan primer dihasilkan yang bergantung pada permasalahan penjagaan kulit atau pada mana-mana kawasan yang memerlukan. Priming adalah langkah yang boleh anda letakkan sebagai rutin solekan, lebih-lebih lagi jika anda mahukan kelebihan aplikasi mudah dan solek tanpa cela sepanjang hari.