Carian
Bagaimana Untuk Mendapatkan Gorengan Yang Rangup Menggunakan Air Fryer?
June 11, 2020 Lina Rosli

Air Fryer atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai penggoreng kering merupakan sebuah alat menggoreng yang menggunakan udara panas dan jumlah minyak yang sedikit. 

Penggoreng kering pada asasnya adalah ketuhar countertop convection yang boleh memasak makanan dengan pantas.

Bahagian atas unit memegang mekanisme pemanasan dan kipas yang mana udara panas akan turun ke sekitar makanan yang diletakkan di dalam bakul gorengan. Dengan peredaran udara panas yang cepat akan menjadikan makanan lebih cepat masak.

Apakah cara yang sesuai untuk mendapatkan hasil makanan yang lebih rangup menggunakan penggoreng kering? Jadi Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda cara untuk memastikan makanan bergoreng anda rangup apabila dimakan.

Berikut adalah beberapa perkara penting yang diperlukan untuk memasak menggunakan penggoreng kering:

Tidak memasukkan kuantiti makanan terlalu banyak

Peraturan pertama memasak menggunakan penggoreng kering adalah tidak memasukkan makanan ke dalam bakul goreng terlalu banyak. Hal ini kerana, alat ini berfungsi berdasarkan prinsip udara yang beredar. Oleh itu, jika bakul terlalu penuh, itu tidak akan memberi ruang untuk udara beredar.

Kebanyakan model penggoreng kering ini biasanya hadir dengan petunjuk yang mana ia akan menyatakan paras yang bersesuaian untuk mengisi makanan ke dalam bakul.

Jika anda mengisinya terlalu penuh, ia berkemungkinan besar tidak dapat memasak ayam dengan betul dan sekata.

Keringkan Makanan Anda

Browning adalah hasil dari proses kimia yang disebut karamelisasi yang menyebabkan karbohidrat menjadi gelap ketika dipanaskan hingga melebihi 300 F atau lebih.

Semakin kering makanan sewaktu mula memasaknya, semakin baik tugasan menggoreng boleh dilaksanakan. Oleh itu, sebelum anda memasukkannya ke dalam bakul, tepuk hingga kering dengan tuala kertas.

Sapu Minyak Masak Pada Bakul Gorengan

Bakul di dalam penggoreng kering anda mungkin mempunyai lapisan nonstick, yang menghindari makanan daripada melekat.

Namun, terdapat sesetengah makanan akan masih melekat sewaktu anda membalikkan atau mengeluarkannya. Salah satu cara untuk mengelakkan hal ini adalah dengan menyapu minyak masak. Ini juga berguna jika anda memasak item protein halus seperti ikan.

Pusing Dan Membalikkan Makanan

Untuk memastikan semua kepingan makanan anda sama rangup, garing dan bewarna coklat, anda perlu membalikkannya beberapa kali ketika memasak.

Untuk melakukan hal ini, anda boleh gunakan pengepit untuk memusingkan atau menggerakkan makanan dari bawah ke atas dan sebaliknya.

Pastikan Bakul Dan Bahagian Dalam Bersih

Bahagian dalamnya boleh dikatakan agak sempit. Ini bermakna sedikit minyak yang memercikkan atau menetes akan membentuk sisa yang dimasak.

Dan jika anda tidak membersihkannya dengan sempurna setiap kali selepas penggunaan, sisa ini, terutamanya di bahagian atas berhampiran elemen pemanas, akan menyebabkan penggoreng udara anda mula berkerak sekaligus akan menukar rasa makanan anda.

Untuk mengelakkannya, bersihkan bahagian dalam penggoreng kering dengan detergen ringan. Pastikan anda mengikuti arahan pengeluar mengenai langkah pembersihan.

Tidak seperti pan atau kuali biasa, makanan yang dimasak akan lebih rangup dan rapuh disebabkan penggunaan minyak yang lebih banyak dan keadaan api yang kuat. Untuk mendapatkan makanan atau masakan bergoreng yang rangup, terdapat beberapa cara atau tips yang boleh anda lakukan.

Komen