Pernahkah anda dengar mengenai susu yang mana ia diperlukan untuk membantu tumbesaran tulang dan memberi kebaikan kalsium, potasium dan protein yang diperlukan oleh badan.

Namun, adakah ia akan memberikan kesan sampingan pada anda jika diambil pada kadar yang berlebihan?

assorted drinks on white commercial refrigerator

Untuk menjawab pertanyaan berkenaan, kita akan melihat dulu kebaikan yang hadir pada susu:

Kawalan selera makan

Minum susu tidak berkait dengan peningkatan berat badan atau masalah gemuk. Terdapat kajian menunjukkan bahawa produk tenusu membantu mengurangkan selera makan sekaligus menjadikan anda lebih mudah kenyang.

Terdapat juga kajian menunjukkan bahawa pengambilan susu penuh lemak dikaitkan dengan penurunan berat badan yang mana pengambilan susu secara amnya dapat mencegah kenaikan berat badan.

Perkembangan tulang

Susu juga menyediakan protein yang diperlukan untuk membina dan mengekalkan tulang, gigi, dan otot yang sihat. Secawan susu menyediakan sekitar 7 hingga 8 gram kasein dan protein wei (sejenis protein yang dikenali sebagai laktoglobulin yang mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dengan nilai biologinya ialah 0.8)

person pours milk into glass

Kesihatan tulang dan gigi

Secawan susu mengandungi hampir 30 peratus keperluan harian kalsium untuk orang dewasa. Susu juga mengandungi kalium dan magnesium yang penting untuk tulang dan gigi yang sihat.

Pencegahan penyakit berbahaya

Antara penyakit berbahaya termasuk diabetes, jantung dan buah pinggang. Beberapa kajian mendapati bahawa minum susu boleh membantu mencegah diabetes kerana protein susu meningkatkan keseimbangan gula dalam darah.

Bukan itu sahaja, lemak susu dapat membantu meningkatkan kadar kolesterol HDL (baik) selain membantu mengawal tekanan darah.

Apakah kesan sampingan disebabkan pengambilan susu yang berlebihan?

Kajian mendapati bahawa susu lembu rata-rata mengandung jumlah protein susu manusia tiga kali lebih tinggi yang dapat menimbulkan gangguan metabolik pada manusia. Ia akan memberi kesan kepada kerapuhan tulang lebih-lebih lagi pada wanita dan penyakit osteoporosis pada orang tua. Menurut Deepa Verma, MD, produk susu dan tenusu juga menghasilkan masalah keradangan dan lendir yang meningkatkan risiko kesukaran untuk bernafas dan alergi.

Susu haiwan juga mengandungi hormon yang tinggi. Sebilangan besar lembu tenusu disuntik dengan hormon yang merangsang pertumbuhan lembu yang pesat dan mempercepat pengeluaran susu. Salah satu hormon ini, IGF-1, meningkatkan pembahagian dan pendaraban semua sel normal dan tidak normal.

Seperti biasa, setiap pengambilan makanan dan minuman hendaklah diambil secara sederhana, termasuk susu. Susu lembu mengandungi tiga kali ganda jumlah protein susu manusia dan juga mempunyai kadar hormon yang tinggi. Oleh yang demikian, susu lembu tidak direka secara teknikal untuk penggunaan manusia, yang mana boleh menyebabkan gangguan metabolik, jerawat dan penyakit lain.

Lihat profil
Lina Rosli

445 artikel di Tajria.