Simbolik Dan Perkaitan Budaya- Jari Mana Yang Patut Anda Sarung Cincin?

Bagaimana anda mengetahui bahawa seseorang itu sudah berkahwin? Pasti anda akan melihat jari di tangan mereka. Bukan itu sahaja, cincin juga menjadi satu simbol untuk kekayaan atau mungkin juga merupakan sebuah tradisi untuk sesetengah etnik dan budaya.

Tidak seperti saiznya, objek kecil ini membawakan maksud yang begitu mendalam serta memegang maklumat yang kuat mengenai anda.

silver-colored ring with gemstone in a box

Cincin bukan aksesori sederhana. Ia menunjukkan komitmen, pencapaian dan kepercayaan anda. Antara cincin yang menjadi kebiasaan orang ramai termasuk cincin perkahwinan, aksesori fesyen biasa dan juga barang keluarga turun-temurun.

Jari mana yang sepatutnya anda sarungkan cincin?

Secara amnya, tiada jari yang dikhususkan untuk menyarung cincin. Ia boleh dipakai pada mana-mana tangan sama ada kiri atau kanan mengikut keselesaan anda. Perkara utama yang perlu difokuskan adalah pemakaian pada jari yang tidak menyukarkan anda untuk melakukan sebarang pekerjaan iaitu jari kelingking. Hal ini kerana, ia berada di kedudukan yang paling tepi.

Dari sudut Islam, para ulama berpendapat bahawa harus memakai cincin pada mana-mana tangan. Ia dibolehkan memakai cincin sama ada di tangan kanan dan juga tangan kiri.

Jika merujuk kepada hadis-hadis pula, terdapat hadis yang menceritakan Rasulullah SAW memakai cincin di jari manis dan di jari kelingking tangan kiri. Walau bagaimanapun, ada dua jari yang tidak pernah disarungkan cincin iaitu jari telunjuk dan jari hantu.

Simbolik Cincin Pada Jari yang Berbeza

Orang menggunakan cincin pada jari tertentu untuk mengerjakan jenis tenaga tertentu. Sebilangan besar etnik dan budaya kuno mengatakan yang mana pemakaian cincin pada jari tertentu menyatakan keperibadian anda.

Sebagai contoh, Amerika Syarikat dan juga di Malaysia sendiri, jari manis sering dikaitkan dengan simbolik perkahwinan. Jari manis di tangan kanan menunjukkan pertunangan, sementara jari manis di tangan kiri menunjukkan perkahwinan.

Ada juga di sesetengah negara Eropah pula, orang-orang dari kelas bawahan tidak dibenarkan memakai cincin kerana cincin melambangkan status dan taraf untuk sesebuah keluarga.

________________________________________________________________________

Dengan ini dapat disimpulkan yang mana, kebanyakan orang akan menyarung cincin mengikut keselesaan dan norma budaya sesetengah tempat. Bagi saya sendiri, saya lebih cenderung untuk memakai cincin pada tangan dominan.

Sekiranya anda merupakan orang yang menggunakan tangan kanan secara aktif, maka anda akan menyarungkannya di jari kanan. Jika anda kidal, maka anda akan memakainya pada tangan kiri.