Pucuk Tauhu Tumis Air Mudah
Kandungan kalori: 288 kcal (untuk hidangan 3 senduk lauk)
Tempoh penyediaan bahan-bahan: 30 minit
Tempoh memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 3 orang
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang besar, dihiris nipis
- 5 biji bawang putih, diketuk
- Segenggam ikan bilis yang telah dibersihkan dan dibelah tengah
- 5 cawan air
- 3 keping pucuk tauhu kering, direndam dalam air sehingga lembut dan di potong besar
- Segenggam cendawan hitam kering, direndam sehingga kembang
- Secekak kecil suhun direndam dalam air sehingga lembut
- Segenggam kimcham (lily buds) direndam sehingga kembang
- 4 biji telur
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana besar sehingga naik bau dan warna bahan tumisan bertukar keperangan.
2. Masukkan air dan biarkan ia mendidih. Kemudian, tapis keluar bawang dan ikan bilis dengan penapis keluli.
3. Setelah itu, pecahkan telur ke dalam air dan biarkan ia mengeras sebelum memasukkan pucuk tauhu, cendawan hitam dan kimcham. Anda juga boleh memasukkan kentang atau potongan petola sekiranya anda suka. Rasakan garam.
4. Akhir sekali, masukkan suhun dan tutup api.
5. Masakan siap dimasak dan sedia dihidangkan. Ia enak dihidangkan bersama sambal kering atau sambal belacan untuk rasa yang mengancam.