4 Gaya Yang Boleh Anda Padankan Bersama Skirt
Skirt sememangnya pilihan kebanyakan wanita yang ingin tampil feminin dan lembut. Ia sesuai digunakan tidak kira waktu dan juga digayakan di pelbagai acara.
Ramai yang berpendapat bahawa pemakaian skirt adalah terhad dan tidak banyak baju yang boleh dipadankan bersama. Walau bagaimanapun, jika anda lihat pada masa kini, fesyen skirt ini telah mendapat perhatian ramai dan telah mula dipakai dengan pelbagai gaya untuk tampil lebih ranggi dan trendy.
Berikut adalah beberapa gaya atau caran yang boleh anda padankan bersama skirt pilihan anda:
Sweater Atau Baju Oversized
Skirt amat sesuai dipadankan bersama sweater dan juga baju yang bersaiz besar. Anda boleh menggayakannya dengan memasukkan sedikit baju ke dalam skirt dan padankan dengan kasut tumit tinggi dan juga boots. Gaya ini adalah lebih santai dan tidak terlalu kompleks.


Jaket Kulit Atau Blazer
Selain baju besar, anda juga boleh menggayakan skirt bersama jaket dan juga blazer. Fesyen ini memberikan kesan aura yang lebih berani dan versatil dan sangat sesuai dipakai sewaktu menghadiri acara atau majlis keramaian.


Tambahkan Tali Pinggang Sebagai Aksesori
Selain memadankan bersama pilihan baju yang pelbagai, anda juga boleh menambah tali pinggang sebagai aksesori ketika memakai skirt. Untuk gaya ini, anda boleh memakainya dibahagian luar pakaian.


Berikut adalah beberapa gaya dan idea untuk menggayakan skirt dalam pada masa yang sama masih kekal bergaya. Jika anda anda gaya lain, anda boleh kongsikan bersama Tajria untuk fesyen skirt pilihan anda. Selamat mencuba!