Baru-baru ini, syarikat teknologi Samsung telah melancarkan inovasi untuk mesin basuh top-load bagi memudahkan pengendalian dan pengurusan di rumah. Ia ditawarkan dengan 12 pilihan basuhan bagi menepati kehendak gaya hidup pengguna selain membawakan rekaan yang premium.

Mesin basuh ini dikenali sebagai Top Load Wachine Machine, WA6000R  yang ditujukan untuk pengguna millenial. Bagi yang berminat, ia berupaya memuatkan basuhan sehingga 16kg selain sesuai untuk cucian normal, berat dan juga halus.

Antara fungsi atau kelebihan lain yang disertakan termasuk penggunaan teknologi gegaran ini menyediakan pengendalian cucian yang halus dan lembut. Ia menghasilkan aliran pencucian pelbagai arah yang dinamik yang menghalang pakaian daripada cepat berkedut dan tersimpul. Ia juga membersihkan pakaian dengan teliti secara senyap dan jimat tenaga.

Bagi anda yang berminat, mesin basuh ini boleh didapati pada harga bermula RM2739 sebuah dengan satu pilihan warna iaitu Black Caviar. Ia kini telah ditawarkan di Kedai Rasmi Samsung dan juga kedai atas-talian yang sah. 

Beli: Mesin Basuh Top Load Samsung

 

Lihat profil
Lina Rosli

667 artikel di Tajria.