Dr. Clo – Alat Steril Mudah Alih Untuk Mencegah Jangkitan Virus Dan Patogen
Setelah mendapat jualan yang laris melebihi 1.5 juta unit di Asia pada tahun 2019, kini Dr. Clo tiba di pasaran Malaysia dan boleh mula didapatkan di farmasi terpilih dan platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
Alat pensterilan berinovasi ciptaan NON Corporation dari Korea Selatan ini mempunyai pelbagai fungsi untuk kegunaan dalam pelbagai aspek gaya hidup moden.
Dr. Clo menawarkan produk berasaskan Chlorine Dioxide dalam bentuk cecair yang telah menerima persijilan daripada Jabatan Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (US Food and Drug Agency /FDA). Chlorine Dioxide adalah bahan utama untuk pensterilan, sanitasi dan disinfeksi untuk mencegah daripada jangkitan virus dan patogen dalam masa beberapa saat.
Produk ini telah diuji secara meluas di Korea dan Jepun dan didaftarkan sebagai produk yang selamat untuk digunakan di rumah atau pejabat lebih-lebih lagi di ruang berkumpul.
Rangkaian alat pensterilan Dr. Clo diformulasikan untuk memudahkan tugas para suri rumah di seluruh negara untuk memastikan kebersihan di dalam rumah dan dalam masa yang sama dapat mencegah jangkitan virus atau patogen sepanjang wabak Covid-19 ini berlaku.
Produk semua-dalam-satu ini adalah bebas-karsinogen dan tidak mengandungi bahan-bahan toksik. Ia bertindak sebagai formula yang berkesan untuk mencegah jangkitan virus, bakteria dan patogen. Ia tidak merbahaya kepada bayi, orang yang sedang sakit atau warga tua. Malahan, produk ini juga digunakan di rumah penjagaan orang-orang tua secara meluas.
Alat Pensterilan Dr. Clo ini mudah digunakan. Pengguna hanya perlu memegang kedua-dua hujung alat tersebut dan membengkokkan untuk memecahkan kapsul di dalamnya. Penunjuk akan bertukar ke warna kuning dalam masa 12-24 jam selepas diaktifkan. Alat ini boleh digunakan sehingga 50 hari sebelum digantikan dengan yang baharu.
Bagi yang berminat, alat pensterilan Dr. Clo boleh didapati dalam empat variasi berbeza iaitu untuk kegunaan di ruang kediaman, bilik Air, peti sejuk dan kereta.
- Di ruang kediaman anda, ia sesuai untuk digunakan mensteril perkakas atau peralatan rumah serta menghilangkan bau busuk yang dihasilkan oleh habuk dan asap. Ia mudah digunakan di atas rak, di dalam almari dan kabinet kasut untuk menjadikan ruang penyimpanan tersebut selamat dan tidak berbau busuk.
- Untuk bilik air pula, ia direka untuk kegunaan di ruang yang berkelembapan tinggi dan basah.
- Sementara, alat steril ini dapat memastikan makanan dan minuman di dalam peti sejuk kekal segar dan boleh disimpan dengan tempoh yang lebih lama tanpa bakteria dan juga mencegah bau yang kurang menyenangkan.
- Di dalam kereta, ia berupaya mensteril ruang dalaman kereta dan menghilangkan bau yang dihasilkan melalui penghawa dingin.
Rangkaian Alat Pensterilan Dr. Clo ini ditawarkan pada harga RM55 seunit di farmasi terpilih dan melalui platform e-dagang. Anda juga boleh layari laman rasmi Dr. Clo untuk mengetahui maklumat lanjut tentang produk yang dipasarkan.
Layari: Laman Rasmi Dr. Clo