Carian
Masakan Di Rumah Lebih Mudah Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro Dari Samsung
June 29, 2020 Lina Rosli

Masakan Di Rumah Lebih Mudah Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro Dari Samsung

Bagi anda yang gemar memasak di rumah namun tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyediakan hidangan, Samsung kini hadir dengan perkakas rumah baharu yang boleh anda miliki untuk dapur rumah anda. Ia merupakan Samsung MW5000T Grill Microwave yang mana hadir dengan kaedah baru yang boleh menjadikan masakan di rumah lebih mudah dan sihat tanpa menjejaskan kualiti makanan anda.

Untuk keluaran kali ini, ketuhar gelombang mikro ini membawakan kaedah ‘Grill Fry’, iaitu salah satu daripada 15 tetapan memasak yang telah diprogramkan untuk menyempurnakan masakana anda. Melalui kaedah ini, anda tidak perlu menetapkan masa memasak atau tahap kuasa kerana ia akan dilakukan secara automatik.

Salah satu kelebihan menggunakan ketuhar gelombang mikro MW5000T adalah penggunaan minyak masak yang sedikit, sekaligus mengurangkan jumlah haba dan asap sewaktu memasak. Bukan itu sahaja, perkakas ini juga menjadikan cara penggorengan menjadi lebih mudah serta mengurangkan masa penyediaan dan pembersihan dapur setelah selesai memasak makanan anda. 

Selain itu, ketuhar gelombang mikro ini turut dilengkapi dengan pinggan alas yang bersalut Teflon yang menjadikan penggorengan dan panggangan lebih berkesan dan senang dibersihkan.

Selain daripada kelebihan “memasak”, pembersihan ketuhar gelombang mikro ini juga dilengkapi dengan Ceramic Inside yang disediakan secara terbina. Dengan ini, anda boleh membersihkan bahagian dalam perkakas dapat dibersihkan tanpa perlu menggosok kuat dan warna dalamnya juga tidak akan berubah walaupun selepas digunakan dengan kerap.

Berikut adalah makanan yang boleh anda panaskan menggunakan Samsung MW5000T Grill Microwave :

Nugget Ayam Beku | Saiz hidangan: 350g hidangan

Cara memasak:
1. Letakkan nugget ayam yang beku di atas pinggan alas yang disediakan.
2. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro.
3. Pilih program Grill Fry [3] dan tekan butang MULA atau butang +30s untuk mula memasak.
4. Setelah selesai, biarkan ia selama 2-3 minit untuk sejuk.

Bagi yang berminat, Samsung MW5000T Grill Microwave ini boleh didapati di laman rasmi Samsung pada harga diskaun iaitu RM669 dan harga biasa RM749 sebuah.

Beli : Samsung MW5000T Grill Microwave

Komen