Kerusi Kereta Tampak Lusuh Dan Koyak? 5 Cara Mengatasi Masalah Ini

Sekiranya anda seorang peminat kereta, anda mungkin akan menghabiskan banyak masa untuk mengurus dan melakukan penjagaan yang rapi untuk kereta bagi menjadikannya kelihatan lebih baik dan cantik.

Membersihkan dan membasuh bahagian luar kereta secara berkala, memeriksa enjin, menukar minyak, dan melakukan penyelenggaraan umum yang lain merupakan antara perkara yang penting untuk memastikan kereta anda dalam keadaan baik, tetapi bagaimana pula dengan bahagian dalamannya? Bahagian dalam kereta adalah bahagian kereta yang mudah mengalami kotoran sekiranya ia tidak dikendalikan dengan baik. Jika anda tidak mengambil langkah untuk melindunginya, kereta akan mula kelihatan lusuh dan usang lebih-lebih lagi pada bahagian kerusi kereta. 

Kerusi kereta adalah bahagian paling cepat nampak lusuh dan usang kerana ia terdedah kepada penggunaan orang ramai. Walau bagaimanapun, perkara ini dapat dielakkan menerusi beberapa cara iaitu:

Tidak menumpahkan makanan atau minuman di atas kerusi

Sekiranya anda ingin menjaga dalaman dalam keadaan baik, anda harus mempertimbangkan untuk tidak makan dan minum di dalam kereta. Hal ini kerana, ia berisiko untuk mempunyai sisa yang tumpah ke atas kerusi yang dapat mengotorkan kerusi selain memasuki ruang di antara tempat duduk. 

Ia sememangnya tidak menjadi masalah jika anda mempunyai tempat duduk kulit. Namun, harus diingatkan yang mana ia tetap akan merosakkan dari masa ke masa.

Menggunakan alas kaki dan alas kerusi yang mudah dibersihkan

Meliputi permukaan di dalam kereta seperti menggunakan alas kaki yang kasar dan alas kerusi yang tahan lasak akan memudahkan pembersihan dan mengurangkan kerosakan sebenar pada bahagian dalaman. Sebagai contoh, jika anda meletakkan alas kaki yang kasar di tempat letak kaki, ia membantu mengurangkan kekotoran pada alas kaki original anda. 

Bukan itu sahaja, alas tempat duduk juga merupakan idea yang baik, terutamanya jika anda mempunyai kain kerusi yang halus yang mudah lusuh dan terkoyak. Selain itu, ia juga mudah untuk ditanggalkan sekiranya anda ingin membasuh alas berkenaan.

Tidak menggunakan bahan pembersih atau bahan kimia yang keras

Sekiranya kereta anda menggunakan tempat duduk kulit, ia terdedah untuk rosak dan merekah akibat tidak diselenggara secara berkala. Apabila anda mula menyedari ia mula mengering, anda disarankan untuk merawatnya dengan perapi kulit agar tidak merekah. Sekiranya anda melakukan ini sebulan sekali, kulit akan kelihatan baru seperti tahun-tahun akan datang. 

Semasa membersihkan tempat duduk kulit, anda perlu berhati-hati agar tidak menggunakan bahan kimia keras yang boleh merosakkan kulit. Anda harus selalu mengelakkan bahan yang berasaskan petroleum atau vinil kerana ia boleh merosakkan kulit dan menjadikannya terlalu berkilat. Sebaiknya dapatkan produk pembersih semula jadi jika anda mahu kerusi kulit anda berada dalam keadaan baik untuk jangka masa yang lama.

white vehicle chair

Membiarkan tingkap kereta terbuka bagi mendapatkan perudaraan yang baik

Apabila cuaca panas dan kereta anda diletakkan di luar rumah, ia akan menggalakan penyerapan haba pada bahagian dalam sekaligus menjadi kerusi sangat panas. Udara panas boleh mengeringkan tempat duduk kulit dan menyebabkannya rekahan. Oleh itu, untuk anda yang meletakkan kereta di luar, anda perlu membuka tingkap sedikit dan membiarkannya.

Pembersihan secara berkala

Membersihkan kereta di dalam dan luar secara berkala adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk menjadikannya kereta anda kelihatan baru. Jika tidak, ia mungkin akan membebaskan banyak kotoran dan bakteria di dalam kereta yang akan merosakkan bahagian dalam dari masa ke masa. 

Secara umumnya, anda tidak perlu mengambil waktu lama untuk membersihkan kerusi dan bahagian dalam kereta anda, cukup sekadar lap tempat duduk dan bahagian dashboard kereta untuk menghilangkan habuk.

________________________________________________________________________

Berikut adalah lima perkara yang sangat cepat dan mudah dilakukan bagi mengelakkan kerusi kereta cepat lusuh dan koyak walaupun kereta masih baru. Walau bagaimanapun, setiap individu mempunyai cara pengendalian yang tersendiri yang mana bergantung kepada kondisi dan keadaan kereta. Selamat mencuba!