Ini Adalah 5 Cara Untuk Menjadikan Pemakaian Kasut Tumit Tinggi Lebih Selesa
Sekiranya anda memakai kasut tumit tinggi untuk jangka masa yang panjang, atau mungkin anda menggunakannya untuk berjalan jauh, anda pastikan akan merasakan tumit anda sakit melecet, kejang pada bahagian betis atau mungkin bengkak pada bahagian tapak dan jari kaki. Ia merupakan sebab mengapa ramai individu lebih gemar memakai sandal biasa dan juga sneakers apabila ingin keluar berjalan untuk tempoh yang lama.
Walau bagaimanapun, setiap masalah pasti ada cara atau kaedah bagi mengatasinya. Jadi, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda cara untuk menjadikan pemakaian kasut tumit tinggi lebih selesa dan tidak menyakitkan.
Melabur dalam kasut yang berkualiti tinggi
Kualiti tumit anda memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan kaki anda. Hal ini kerana, ia akan membantu mengelakkan kaki anda terlalu berpeluh atau melecet jika anda memakai kasut tumit tinggi jenis kulit. Namun begitu, harga yang mahal tidak menjamin kualiti kasut anda berada pada paras tertinggi, anda masih perlu mencubanya beberapa kali bagi memastikan ia sesuai dengan kaki anda.
Beri perhatian pada bahagian lengkungan kasut
Bentuk kasut itu sendiri juga dapat membantu menentukan betapa selesa kasut anda. Pastikan anda memeriksa sudut lengkungan dan memilih lengkungan yang lebih lembut untuk lebih selesa. Sewaktu mencuba anda mungkin boleh meletakkan berat badan sepenuhnya di kaki anda, dan berjalan di dalamnya dapat membantu anda menentukan sama ada sudut lengkungan akan membantu atau menghalang keselesaan anda ketika anda memakainya sepanjang hari.
Pertimbangkan di mana anda akan berjalan
Kawasan atau keadaan jalan yang akan anda lalu juga penting dalam keselesaan di tumit anda. Jika anda ingin menentukan jenis tumit apa yang akan anda bawa semasa dalam perjalanan, pertimbangkan sama ada anda akan berjalan di atas konkrit, kerikil, batu karang, atau permukaan lain, kerana kasut tumit berbeza akan dipakai secara berbeza pada permukaan yang berbeza.
Perhatikan ketebalan tumit
Tumit halus sememangnya akan menjadikan anda kelihatan hebat, tetapi sayangnya tidak sesuai dengan setiap acara atau pakaian. Tumit yang halus juga tidak selesa dan sukar untuk diimbangkan. Berbeza dengan kasut tumit tebal, ia akan memberikan lebih banyak sokongan serta kestabilan dan keseimbangan yang lebih baik sekaligus membantu memberikan keselesaan secara keseluruhan.
Gunakan produk yang menghalang kaki daripada melecet
Melecet adalah salah satu kesan yang teruk apabila memakai tumit yang tidak selesa. Ia berlakuk disebabkan geseran kaki dengan kasut anda. Gunakan produk yang dapat mengelakkan kaki daripada melecet selain dapat melindungi kaki anda. Antara produk yang biasa digunakan adalah pembalut. Walau bagaimanapun, produk ini masih akan menjadikan kaki anda tidak selesa sekiranya ia tidak dipasang dengan baik.
_____________________________________________________________
Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh anda lakukan sebelum anda ingin mula membeli kasut tumit tinggi. Keselesaan kasut bermula daripada jenis kasut yang dipilih serta cara penggunaan yang betul sewaktu memakainya. Selamat mencuba!